IKEA FIXA User Manual page 25

Screwdriver/drill li-ion 14.4v
Hide thumbs Also See for FIXA:
Table of Contents

Advertisement

jam. Diod merah akan bertukar menjadi
hijau apabila bateri telah penuh.
Cabut kabel dan simpan transformer
di tempat yang sesuai apabila tidak
digunakan.
Mengecas bateri dalam suhu di bawah
paras beku adalah tidak disyorkan.
Apabila mengeluarkan bateri daripada
mesin, gerakkan suis picu (5) hingga
bateri dinyahcas sepenuhnya.
Longgarkan skru pada sarung dan
tanggalkannya. Putuskan sambungan
pada bateri dan keluarkannya (lihat
ilustrasi A).
ARAHAN PENGGUNAAN
Menggunakan alat
Nota: Percikan api mungkin boleh
dilihat menerusi slot di dalam bekas
motor ketika dikendalikan. Percikan
api ini merupakan tindak balas normal
motor apabila digunakan dan terhasil
oleh komponen di dalam motor yang
bergerak dan terkena antara satu sama
lain. Fungsi alat ini tidak dipengaruhi
oleh percikan ini. Walaubagaimana pun,
kami mengesyorkan alat kuasa ini tidak
digunakan berdekatan sebarang cecair,
gas atau habuk yang mudah terbakar,
yang boleh menyalakan percikan api ini.
Memasang bilah gerudi/pemandu
Sebelum apa-apa kerja pada mesin
(seperti penyelenggaraan, penukaran alat
ganti, dsb) dan juga ketika pengangkutan
dan storan, setkan suis arah pusingan ke
posisi tengah.
Picu yang tergerak tanpa sengaja boleh
menyebabkan kecederaan. Laraskan
bindu hingga bukaan lebih besar daripada
batang bilah yang akan digunakan.
Masukkan bilah ke dalam bindu. Ketatkan
bilah pada gerudi seperti diterangkan di
bawah (Bindu tanpa kunci).
Mengawal kelajuan batang
Anda boleh mengawal kelajuan batang
daripada kosong ke maksimum dengan
mengubah tekanan yang dikenakan pada
picu. Ini membolehkan anda memilih
kelajuan optimum untuk tugas yang
sedang dilakukan. Gunakan kelajuan lebih
rendah untuk mengetat/melonggarkan
skru (posisi 1 pada pemilih gear (3)).
Memilih kelajuan batang
Gunakan kelajuan yang rendah apabila
mula menggerudi logam, plastik atau
bahan seramik, dengan menggunakan
fungsi pemutar skru atau melakukan
kerja yang memerlukan tork yang tinggi.
Gunakan kelajuan yang tinggi apabila
menggerudi kayu (posisi 2 pada pemilih
gear (3)).
Membalikkan arah pusingan
Anda boleh membalikkan arah pusingan
dengan menggunakan suis arah
pusingan (4).
Untuk mengunci picu, setkan pemilih ke
posisi tengah antara pilihan kanan dan
kiri.
Melaraskan keketatan
Pusing pengawal tork (2) ke posisi yang
diinginkan. Setting 1-19 digunakan untuk
mengetat/melonggarkan skru (lebih
tinggi nilai, lebih ketat). Pilih simbol
gerudi sebelum menggunakan alat untuk
menggerudi.
Bindu tanpa kunci
Gerudi anda mempunyai bindu tanpa
kunci jadi anda boleh mengetat atau
mengeluarkan bilah gerudi/pemandu
dengan mudah.
48
Untuk membuka/menutup bindu, pegang
gelung belakang (10) dan pusingkan
sarung hadapan (11).
AMARAN: RISIKO TERSEPIT
Jangan memegang bahagian hadapan
cekam dengan satu tangan pada masa
yang sama ketika anda membuka atau
menutup rahang cekam dengan bantuan
motor pemutar skru/gerudi.
PENYELENGGARAAN DAN
PEMBERSIHAN
Sebelum apa-apa dilakukan ke atas
mesin (seperti penyelenggaraan,
penukaran alat ganti, dsb) dan juga
pengangkutan dan storan, setkan suis
arah putaran kepada posisi tengah.
Gerakan picu tanpa sengaja boleh
mengakibatkan kecederaan.
Sentiasa kekalkan mesin dan
pengudaraan dalam keadaan bersih
untuk keselamatan dan supaya mesin
berfungsi dengan baik.
ARAHAN PELUPUSAN MESRA ALAM
SEKITAR
Boleh membantu melindungi alam
sekitar
Maklumat (untuk rumah persendirian)
tentang cara pembuangan peralatan
elektrik dan elektronik yang betul
mengikut arahan WEEE (Sampah
Peralatan Elektrik dan Elektronik)
Simbol produk elektrik dan elektronik
serta dokumen yang disertakan
menandakan bahawa produk ini tidak
boleh dibuang bersama sampah sarap isi
rumah. Sebaliknya produk mesti diambil
di pusat pungutan yang ditentukan
secara percuma untuk dibuang, dirawat,
diguna semula dan dikitar semula.
Di negara tertentu, produk mungkin
boleh dipulangkan ke penjual apabila
membeli produk baru yang lebih kurang
sama. Dengan membuang produk
melalui cara yang betul anda membantu
menyelamatkan sumber semula jadi yang
bernilai dan membuang kesan negatif
terhadap kesihatan dan alam sekitar hasil
dari pembuangan dan pengurusan sampah
yang tidak betul. Sila hubungi pihak
berkuasa tertentu di kawasan anda untuk
maklumat tentang pusat pungutan WEEE
anda yang terdekat. Pembuangan sampah
jenis ini dengan cara yang tidak diluluskan
akan membolehkan anda didenda atau
dikenakan penalti mengikut undang-
undang.
Pelupusan bateri yang haus atau
rosak
Jangan melupus atau membuang bateri
bersama bahan buangan biasa di rumah,
atau ke dalam api atau air. Bateri yang
rosak atau haus mesti dibawa ke pusat
pengumpulan bateri atau syarikat
pengurusan bateri yang terdekat, selaras
dengan undang-undang. Kegagalan
mematuhi syarat ini boleh menyebabkan
anda didenda atau dikenakan penalti lain.
Maklumat tentang pembuangan
produk untuk pengguna di syarikat di
negara di luar Kesatuan Eropah.
Simbol ini hanyalah untuk Kesatuan
Eropah.
Sila hubungi pihak berkuasa yang
berkaitan atau peruncit di negara
anda untuk maklumat tentang cara
pembuangan yang betul untuk produk ini.
49

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents