IKEA FIXA User Manual page 23

Screwdriver/drill li-ion 14.4v
Hide thumbs Also See for FIXA:
Table of Contents

Advertisement

dengan bahagian bergerak alat ini boleh
mengakibatkan kecederaan.
e. Jangan melampaui jangkauan anda.
Pastikan anda sentiasa seimbang
setiap masa. Ini boleh membantu anda
berada dalam kawalan ketika kejadian
tidak diingini berlaku.
f. Berpakaian dengan sepatutnya.
Jangan memakai barang kemas atau
baju yang besar. Jauhkan rambut,
pakaian dan sarung tangan daripada
bahagian yang bergerak. Pakaian yang
besar, barang kemas atau rambut panjang
boleh tersangkut pada bahagian bergerak.
g. Jika alat ini disertakan dengan
sambungan pengekstrak habuk dan
kemudahan pengumpulan, pastikan
alat ini disambungkan dan digunakan
dengan betul. Penggunaan alat-alat ini
boleh mengurangkan bahaya berkaitan
habuk.
Penggunaan dan penjagaan 'power
tool'
a. Jangan memaksa penggunaan
'power tool'. Gunakan alat yang
sepatutnya untuk kegunaan yang
betul. Alat yang betul akan membuat
kerja dengan baik dan selamat, sesuai
dengan kegunaannya.
b. Jangan gunakan 'power tool' jika
suis tidak berfungsi. 'Power tool' yang
tidak boleh dikawal dengan suisnya adalah
berbahaya dan mesti dibaiki.
c. Cabut plak daripada punca
kuasa sebelum melakukan
penyenggaraan, penukaran aksesori,
atau penyimpanan alat ini. Langkah
keselamatan ini dapat mengurangkan
risiko menghidupkan alat ini tanpa
sengaja.
d. Simpan 'power tool' yang tidak
digunakan jauh daripada kanak-kanak
dan jangan benarkan individu tanpa
pengalaman menggunakan alat ini.
Alat ini adalah berbahaya pada pengguna
yang tidak terlatih.
e. Senggarakan 'power tool'. Periksa
ketidakselarasan atau bahagian
bergerak yang terikat, kepatahan
dan keadaan yang lain yang mungkin
mengganggu 'power tool' ketika
digunakan. Jika rosak, baiki sebelum
menggunakannya. Banyak kemalangan
terjadi akibat 'power tool' yang tidak
disenggara.
f. Pastikan alat memotong tajam dan
bersih. Alat pemotong yang disenggara
dengan baik adalah lebih mudah untuk
dikawal.
g. Gunakan 'power tool', aksesori
dan bit alat-alat selaras dengan
arahan ini dan ketika digunakan
dengan kegunaan yang sepatutnya.
Penggunaan alat yang tidak sepatutnya
akan mengakibatkan keadaan yang
berbahaya.
h) Pegang alat ini di bahagian
permukaan genggaman berpenebat
apabila melakukan kerja yang
mungkin menyebabkan alat terkena
wayar tersembunyi atau kord sendiri.
Terkena wayar hidup menyebabkan
bahagian logam terdedah alat ini hidup
dan boleh memberikan pengguna kejutan
elektrik.
44
Cara menggunakan dan menjaga alat
bateri
a. Caskan bateri hanya dengan
pengecas yang ditentukan oleh
pengilang. Pengecas untuk bateri
tertentu akan mewujudkan risiko
kebakaran apabila digunakan dengan
bateri lain yang tidak sesuai.
b. Gunakan alat dengan bateri yang
dikhaskan secara spesifik. Penggunaan
bateri yang lain mungkin mengakibatkan
risiko kecederaan dan kebakaran.
c. Apabila bateri tidak digunakan,
jauhkannya daripada objek besi
seperti klip kertas, syiling, kunci,
paku, skru atau lain-lain objek besi
kecil yang boleh menyambungkan
satu terminal ke terminal yang lain.
Menyambungkan terminal bateri boleh
menyebabkan melecur atau kebakaran.
d. Penggunaan yang tidak betul
mengakibatkan cecair keluar
daripada bateri; elakkan sentuhan.
Jika tersentuh, bilas dengan air. Jika
terkena mata, dapatkan bantuan
perubatan. Cecair daripada bateri boleh
menyebabkan kerengsaan atau kelecuhan.
Servis
a. Pastikan alat anda dibaiki
oleh pakar yang diiktiraf yang
menggunakan hanya alat ganti yang
sama.
Ini akan mengekalkan keselamatan alat
ini.
ARAHAN KESELAMATAN SPESIFIK
MESIN
Amaran keselamatan untuk gerudi
dan pemutar skru
Guna pengesan yang sesuai untuk
menentukan jika saluran utiliti
tersembunyi dalam kawasan kerja
atau hunbungi syarikat utiliti
tempatan anda untuk bantuan.
Tersentuh saluran elektrik boleh
menyebabkan kebakaran dan kejutan
elektrik. Menembusi saluran air
menyebabkan kerosakan harta benda atau
boleh menyebabkan kejutan elektrik.
Padamkan suis alat serta-merta
apabila tersekat. Bersedia untuk
tindak balas tork yang tinggi yang
boleh menyebabkan anjalan. Sisipan
alat boleh tersekat apabila:
• alatan terlebih muatan atau ia tersekat
di dalam bahan kerja.
Pegang mesin ini dengan genggaman
yang kuat. Tork bertindak balas tinggi
boleh berlaku ketika mengetatkan atau
melonggarkan skru.
Kemaskan bahan kerja. Bahan kerja
yang diapit dengan alat pengapit atau
ragum adalah lebih kemas berbanding
yang dipegang dengan tangan.
Pastikan tempat kerja anda bersih.
Campuran bahan adalah merbahaya.
Habuk daripada aloi ringan boleh terbakar
atau meletup.
Sentiasa tunggu sehingga alat
benar-benar berhenti sebelum
meletakkannya. Sisipan alat boleh
tersekat dan menyebabkan alat ini hilang
kawalan.
45

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents