IKEA FIXA User Manual page 24

Screwdriver/drill li-ion 14.4v
Hide thumbs Also See for FIXA:
Table of Contents

Advertisement

Elakkan menghidupkan suis tanpa
sebab. Pastikan picu dalam posisi padam
ketika memasukkan pek bateri. Membawa
alatan ini dengan jari anda pada picu atau
memasukkan pek bateri ketika suis hidup
meninggikan risiko kemalangan.
Amaran Keselamatan pengecas bateri
Untuk kegunaan dalam bangunan
sahaja.
Ditebat dua kali.
Jauhkan pengecas bateri daripada
hujan atau kelembapan. Risiko kejutan
elektrik meningkat apabila air masuk ke
pengecas bateri.
Jangan mengecas bateri jenis yang
lain. Pengecas bateri hanya sesuai untuk
mengecas bateri yang disertakan bersama
peralatan anda. Jika sebaliknya berlaku,
terdapat risiko kebakaran dan letupan.
Pastikan pengecas bateri sentiasa
bersih. Pengecas yang tercemar boleh
mengakibatkan kejutan elektrik.
Sebelum setiap penggunaan, periksa
pengecas bateri, kabel dan palam.
Jika terdapat kerosakan, jangan
gunakan pengecas bateri itu. Jangan
membuka pengecas bateri sendiri.
Pastikan ia dibaiki oleh juruteknik
yang berkelayakan. Pengecas
bateri, kabel dan palam yang rosak
meningkatkan risiko kejutan elektrik.
Jangan gunakan pengecas bateri
pada permukaan atau persekitaran
yang mudah terbakar (seperti
kertas, tekstil, dsb). Haba pengecas
bateri ketika proses mengecas boleh
mendedahkan kepada bahaya terbakar.
Awasi kanak-kanak agar mereka tidak
bermain dengan pengecas bateri ini.
MAKLUMAT GETARAN
Paras getaran
Pengeluaran getaran yang dinyatakan di
dalam manual arahan telah memenuhi
syarat-syarat standard yang telah
diselaraskan di dalam EN 60745.
Ia mungkin boleh digunakan untuk
membandingkan satu alat dengan alat
yang lain dan sebagai penilaian awal
apabila menggunakan alat ini untuk
kegunaan yang dinyatakan di dalam
manual ini. Walaubagaimanapun,
menggunakan alat ini dengan bermacam
cara, atau dengan aksesori yang
tidak disenggara dengan baik boleh
meningkatkan paras dedahan getaran.
Anggaran paras dedahan getaran
harus diambil kira ketika alat ini tidak
dihidupkan, atau dihidupkan, tetapi tidak
digunakan, kerana ini mengurangkan
paras dedahan terhadap jumlah masa
bekerja.
Lindungi diri anda daripada kesan
getaran dengan menyenggara alat ini dan
aksesorinya, memanaskan tangan anda,
dan merangka pelan kerja anda.
PERAKUAN PENGESAHAN
Kami mengisytiharkan di bawah
tanggungjawab tunggal kami bahawa
produk ini, pemutar skru/gerudi Li-Ion
14.4V FIXA, mematuhi standard berikut
atau dokumen yang telah diselaraskan:
EN 60745-1, EN 60745-2-1, EN 60745-2-2,
46
EN 55014-1, EN 55014-2,EN 61000-3-2,
EN 61000-3-3, EN 60335-1, EN 60335-2-
29, EN 62233 selari dengan peruntukan
arahan 2006/42/EC, 2004/108/EC,
2006/95/EC, 2002/96/EC, 2011/65/EC.
Dokumentasi teknikal di: IKEA of Sweden
AB, Box 702, Tulpanvägen 8, SE-343 81
Älmhult, SWEDEN.
Penandatangan di bawah ini
bertanggungjawab untuk penyusunan
dokumentasi teknikal dan menghasilkan
perakuan ini bagi pihak
IKEA of Sweden AB.
Christina Niemelä Ström
Pengurus Kawasan Perniagaan
IKEA of Sweden AB
PEMASANGAN
Sebelum apa-apa kerja dilakukan
terhadap mesin (seperti
penyelenggaraan, menukar ganti
peralatan, dsb) dan juga ketika
pengangkutan dan storan, setkan suis
arah pusingan kepada posisi tengah.
Picu tergerak tanpa sengaja boleh
menyebabkan kecederaan.
MENUKAR BATERI
Mengecas pemutar skru/gerudi anda
Apabila pengecas disambungkan kepada
bekalan elektrik, diod merah pada
pemutar skru/gerudi menyala. Diod
menyala apabila bateri sedang dicas (7).
Pemutar skru/gerudi boleh dicas beberapa
ratus kali mengikut penggunaan biasa
alatan ini.
PERHATIAN! Proses mengecas menjana
haba di dalam bateri.
Nota: Bateri yang dibekalkan bersama
pemutar skru/gerudi telah dicas untuk
tujuan pengujian dan mesti dicas
sepenuhnya sebelum digunakan.
Pertama, baca arahan keselamatan,
kemudian ikuti arahan muatan. Masukkan
palam transformer ke dalam soket
pada pemutar skru/gerudi. Kemudian
sambungkan pengecas transformer ke
bekalan elektrik.
Pastikan tiada simpulan atau bengkokan
tajam pada kabel.
Transformer pengecas dan bateri telah
direka untuk digunakan bersama.
JANGAN gunakan pengecas ini untuk
mengecas peralatan tanpa kord atau
bateri daripada pengeluar yang lain.
Bateri akan kehilangan cas dalam suatu
jangka masa, walaupun jika peralatan
tidak digunakan.
Bateri ion litium ini dilindungi daripada
terlebih cas dengan "Electronic Cell
Protection (ECP)". Apabila bateri
kosong, mesin ini di padamkan oleh litar
perlindungan. Alat yang dimasukkan tidak
lagi berputar.
AMARAN Jangan terus menekan
suis On/Off seleppas alat ini
dipadamkan secara automatik. Bateri
boleh rosak.
AMARAN! Cas bateri pada
permukaan tidak mudah terbakar.
Jangan cas bateri lebih daripada 8
47

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents