Download Print this page

IKEA TRIXIG Original Instructions Manual page 77

Hide thumbs Also See for TRIXIG:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Pemegang bit magnetik
Anda boleh meletakkan mata dan gerudi yang sedang digunakan di atas pemegang
mata gerudi magnetik (8.) di atas pemutar skru/gerudi anda bagi memastikan ia sentiasa
berhampiran semasa anda bekerja.
Lampu kerja LED
Pemutar skru ada lampu kerja LED terbina dalam untuk menerangi kawasan kerja. Lampu
kerja menyala setiap kali suis pencetus dipicit dan kemudian terpadam apabila suis pencetus
dilepaskan.
AMARAN: RISIKO TERSEPIT
Jangan memegang bahagian hadapan cekam dengan satu tangan pada masa yang sama
ketika anda membuka atau menutup rahang cekam dengan bantuan motor pemutar skru/
gerudi.
Penyelenggaran dan pembersihan
Pastikan pemutar skru/gerudi sentiasa dalam keadaan bersih dan kering sepanjang masa bagi
memastikan pengendalian yang betul dan selamat. Lap sebarang kekotoran menggunakan
kain lembut yang dilembapkan dengan air. Jangan gunakan sebarang agen pembersih atau
pelarut.
Sentiasa pastikan mesin dan slot pengudaraan dalam keadaan bersih agar berfungsi dengan
selamat dan betul.
Produk ini khusus untuk penggunakan domestik di rumah, bukan untuk komersial atau ukuran
layak yang dilakukan oleh profesional.
Simpan manual ini bagi kegunaan masa hadapan.
Pengeluar: IKEA Sweden AB
Alamat: Box 702, SE-343 81 Älmhult, SWEDEN
Bateri dan bateri boleh dicas semula bukan sisa isi rumah! Sebagai pengguna,
anda dikehendaki oleh undang-undang untuk melupuskan semua bateri dan
akumulator, sama ada bateri dan akumulator tersebut mengandungi bahan
berbahaya* atau tidak, di tempat pengumpulan dalam kawasan perbandaran/
kejiranan anda atau melalui entiti komersial yang menawarkan pelupusan bateri
supaya barang-barang ini boleh dilupuskan dengan cara yang mesra alam.
*ditandakan dengan: Cd = kadmium, Hg = merkuri, Pb = plumbum
Simbol roda berpangkah menunjukkan item ini harus dilupuskan berasingan
daripada bahan buangan isi rumah. Item ini sepatutnya diserahkan untuk dikitar
semula selaras dengan peraturan alam sekitar tempatan untuk pelupusan sampah.
Dengan mengasingkan item bertanda daripada bahan buangan isi rumah, anda akan
membantu mengurangkan jumlah bunagan yang dihantar ke tapak pelupusan dan
meminimumkan kesan negatif yang berpotensi ke atas kesihatan manusia serta alam
sekitar. Untuk maklumat lanjut, hubungi gedung IKEA anda.
77

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

P2202