Download Print this page

IKEA TRIXIG Original Instructions Manual page 76

Hide thumbs Also See for TRIXIG:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
JANGAN SEKALI-KALI menggunakan pek bateri untuk membekalkan kuasa pada peralatan
tanpa wayar daripada pengilang lain.
Bateri litium-ion dilindungi daripada cas yang melampau oleh "Electronic Cell Protection (ECP)".
Apabila bateri kosong, mesin akan terpadam melalui litar pelindung: Peralatan yang disisipkan
tidak lagi berputar.
AMARAN Jangan terus menekan suis On/Off selepas mesin ini terpadam secara
automatik. Bateri boleh rosak.
AMARAN: Cas semula bateri di atas permukaan tidak mudah terbakar. Jangan cas
bateri selama lebih daripada 8 jam.
ARAHAN PENGGUNAAN
Menggunakan alat
Nota: Percikan api mungkin boleh dilihat menerusi slot di dalam bekas motor ketika
dikendalikan. Percikan api ini merupakan tindak balas normal motor apabila digunakan dan
terhasil oleh komponen di dalam motor yang bergerak dan terkena antara satu sama lain.
Fungsi alat ini tidak dipengaruhi oleh percikan ini. Walaubagaimana pun, kami mengesyorkan
alat kuasa ini tidak digunakan berdekatan sebarang cecair, gas atau habuk yang mudah
terbakar, yang boleh menyalakan percikan api ini.
Bindu tanpa kunci
Gerudi anda mempunyai bindu tanpa kunci jadi anda boleh mengetat atau mengeluarkan bilah
gerudi/pemandu dengan mudah. Pegang sarung depan dan tolak pada pengawal kelajuan/
pencetus untuk membuka/menutup bindu.
Memasang bit dan gerudi
Sebelum sebarang tugas dijalankan pada mesin (seperti penyelenggaraan, menukar peralatan,
dsb) dan juga semasa mengangkut dan storan, tetapkan suis arah pusingan kepada posisi
tengah. Gerakan picu tanpa sengaja boleh mengakibatkan kecederaan.
Putar sarung depan untuk melaraskan bindu sehingga bukaan sedikit luas berbanding aci
pemutar skru/bit gerudi yang anda ingin gunakan. Masukkan pemutar skru/bit gerudi ke
dalam bindu. Ketatkan bindu cuk bertentangan pemutar skru/ngerudi seperti yang dihuraikan
di atas (Bindu tanpa kunci).
Mengawal atur kelajuan aci
Kedua-dua kelajuan aci juga boleh dikawal atur daripada sifar kepada maksimum dengan
mengubah tekanan yang dikenakan pada pencetus. Ini membolehkan anda memilih kelajuan
optimum untuk tugas yang sedang dilakukan.
Membalikkan arah pusingan
Anda boleh membalikkan arah pusingan dengan menggunakan suis arah pusingan (4).
Untuk mengunci picu, setkan pemilih ke posisi tengah antara pilihan kanan dan kiri.
Melaraskan keketatan
Pusing pengawal tork (2) ke posisi yang diinginkan. Setting 1-19 digunakan untuk mengetat/
melonggarkan skru (lebih tinggi nilai, lebih ketat). Pilih simbol gerudi sebelum menggunakan
alat untuk menggerudi.
76

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

P2202