Download Print this page

IKEA TRIXIG Original Instructions Manual page 75

Hide thumbs Also See for TRIXIG:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Kerosakan kepada paru-paru jika topeng habuk yang berkesan tidak dipakai.
Kerosakan kepada pendengaran jika perlindungan pendengaran yang berkesan tidak
dipakai.
Kerosakan kepada kesihatan akibat getaran jika alat kuasa digunakan dalam tempoh
yang lebih lama atau tidak dikendalikan dan diselenggara dengan betul.
AMARAN! Alat kuasa ini menghasilkan medan elektromagnet semasa operasi. Dalam
keadaan tertentu, medan ini mungkin mengganggu implan perubatan aktif atau
pasif. Untuk mengurangkan risiko kecederaan serius atau maut, kami mengesyorkan
individu yang mempunyai implan perubatan untuk berunding dengan doktor mereka
dan pengeluar implan perubatan sebelum mengendalikan mesin ini.
PEMASANGAN
Sebelum sebarang tugas dijalankan pada mesin (seperti penyelenggaraan, menukar peralatan,
dsb) dan juga semasa mengangkut dan storan, tetapkan suis arah pusingan kepada posisi
tengah. Gerakan picu tanpa sengaja boleh mengakibatkan kecederaan.
Mengecas pemutar skru/gerudi anda
Baca arahan keselamatan dahulu dan kemudian ikuti arahan pemasangan.
Sambungkan hujung kabel USB-C pada port USB-C pada pek bateri (Gambar 2) (A).
Sambungkan hujung kabel USB lain pada pengecas USB atau salur keluar USB yang boleh
membekalkan kuasa yang mencukupi untuk mengecas pemutar skru/gerudi. Apabila pek
bateri bersambung pada bekalan kuasa, diod pada belakang pek bateri akan menyala untuk
menunjukkan status pengecasan:
- Cahaya denyut - pengecasan sedang berjalan
- Cahaya stabil selama dua minit/tidak ada cahaya - pengecasan selesai
Pastikan tiada simpulan atau bengkok yang tajam pada kabel. Selepas pek bateri dicas
sepenuhnya dan pek bateri kekal bersambung pada bekalan kuasa, diod akan kekal menyala
selama dua minit dan kemudian terpadam. Apabila pengecasan selesai, cabut kabel
pengecasan dan kemudian luncurkan pek bateri ke dalam pemegang pemutar skru/gerudi.
Pemutar sekru/gerudi kini sedia digunakan. Apabila pemutar skru/gerudi tidak digunakan,
cabut pek bateri daripada pemutar skru/gerudi dan simpannya di tempat yang sesuai. Di
bawah keadaan biasa penggunaan pemutar skru, ia boleh dicas sebanyak beberapa ratus kali.
PERHATIAN! Proses mengecas menjana haba pada bateri. Tidak disyorkan untuk mengecas
semula bateri pada suhu di bawah tahap beku. Bateri akan kehilangan kuasanya dalam
tempoh masa tertentu, walaupun gerudi tidak digunakan.
Memeriksa status kuasa pada pek bateri
Anda boleh memeriksa status kuasa pek bateri dengan menolak sedikit butang yang terletak
pada belakang pek bateri. Diod akan menyala untuk menunjukkan status kuasa berbaki:
- 3 diod menyala - pengecasan penuh
- 2 diod menyala - pengecasan sederhana
- 1 diod menyala - pengecasan rendah
Tidak lama selepas itu, diod akan terpadam
Catatan: Bateri yang dibekalkan dengan pemutar skru/gerudi telah dicas untuk tujuan ujian
sahaja dan mesti dicas sepenuhnya sebelum digunakan buat pertama kali.
Pemutar skru/gerudi TRIXIG dan pek bateri TRIXIG telah direka bentuk untuk digunakan
bersama-sama.
75

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

P2202