Download Print this page

IKEA TRIXIG Original Instructions Manual page 73

Hide thumbs Also See for TRIXIG:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
d. Penggunaan yang tidak betul mengakibatkan cecair keluar daripada bateri; elakkan
sentuhan. Jika tersentuh, bilas dengan air. Jika terkena mata, dapatkan bantuan perubatan.
Cecair daripada bateri boleh menyebabkan kerengsaan atau kelecuhan.
e. Jangan gunakan pek bateri atau alat yang rosak atau diubah suai. Bateri yang
rosak atau diubah suai mungkin menunjukkan ragam yang tidak dapat diramalkan,
mengakibatkan kebakaran, letupan atau risiko kecederaan.
f. Jangan dedahkan pek bateri atau alat kepada api atau suhu yang berlebihan.
Pendedahan kepada api atau suhu melebihi 130 °C boleh menyebabkan letupan.
g. Ikuti semua arahan pengecasan dan jangan cas pek bateri atau alat di luar julat suhu
yang ditentukan dalam arahan. Pengecasan yang tidak betul atau pada suhu di luar julat
yang ditentukan boleh merosakkan bateri dan meningkatkan risiko kebakaran.
Servis
a. Pastikan alat anda dibaiki oleh pakar yang diiktiraf yang menggunakan hanya alat
ganti yang sama.
Ini akan mengekalkan keselamatan alat ini.
b. Jangan sesekali servis pek bateri yang rosak. Servis pek bateri hanya boleh dilakukan oleh
pengilang atau penyedia perkhidmatan yang dibenarkan.
ARAHAN KESELAMATAN SPESIFIK MESIN
Amaran keselamatan untuk gerudi dan pemutar skru
1. Arahan keselamatan untuk semua operasi
a. Pakai pelindung telinga semasa penggerudian hentaman. Pendedahan kepada hingar
boleh menyebabkan kehilangan pendengaran.
b. Pegang alat kuasa pada permukaan cengkam berpenebat apabila melakukan operasi
yang aksesori pemotong atau pengikat boleh tersentuh pendawaian tersembunyi.
Aksesori pemotong atau pengikat yang bersentuhan dengan wayar "hidup" boleh
membuatkan bahagian logam yang terdedah pada alat kuasa menjadi konduktif dan boleh
menyebabkan pengendali terkena renjatan elektrik.
2. Arahan keselamatan apabila menggunakan mata gerudi panjang
a. Jangan sesekali melakukan operasi pada kelajuan yang lebih tinggi daripada kadar
kelajuan maksimum mata gerudi. Pada kelajuan yang lebih tinggi, mata gerudi mungkin
menjadi bengkok jika dibiarkan berputar dengan bebas tanpa menyentuh bahan kerja,
mengakibatkan kecederaan diri.
b. Sentiasa mulakan penggerudian pada kelajuan rendah dan dengan hujung mata
gerudi bersentuhan dengan bahan kerja. Pada kelajuan yang lebih tinggi, mata gerudi
mungkin menjadi bengkok jika dibiarkan berputar dengan bebas tanpa menyentuh bahan
kerja, mengakibatkan kecederaan diri.
c. Kenakan tekanan hanya sejajar dengan mata gerudi dan jangan kenakan tekanan yang
berlebihan. Mata gerudi boleh menjadi bengkok menyebabkan pecah atau hilang kawalan,
mengakibatkan kecederaan diri.
Guna pengesan yang sesuai untuk menentukan jika saluran utiliti tersembunyi dalam
kawasan kerja atau hunbungi syarikat utiliti tempatan anda untuk bantuan. Tersentuh
saluran elektrik boleh menyebabkan kebakaran dan kejutan elektrik. Menembusi saluran air
menyebabkan kerosakan harta benda atau boleh menyebabkan kejutan elektrik.
Matikan alat kuasa serta-merta apabila alat tersekat atau tersangkut. Bersedia untuk tork
tindak balas yang tinggi yang boleh menyebabkan anjalan. Alat menjadi tersekat apabila:
• alat kuasa tertakluk pada beban lampau
• atau alat tersepit dalam bahan kerja.
73

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

P2202