Download  Print this page

Arahan Penting Keselamatan - Sharp IG-CH2E Operation Manual

Plasmacluster ion generator
Hide thumbs

Advertisement

Table of Contents

ARAHAN PENTING KESELAMATAN

Sila baca arahan di bawah dengan teliti sebelum menggunakan unit ini.
Apabila menggunakan alat elektrik, langkah-langkah keselamatan asas
perlu dipatuhi, termasuk yang berikut:
AMARAN - Untuk mengurangkan risiko kejutan elektrik, kebakaran atau kecederaan :
• Gunakan saluran 220-240 volt sahaja.
• Pastikan agar menggunakan penyesuai AC yang direka khas untuk unit ini.
• Masukkan penyesuai AC ke dalam hujung saluran keluar sepenuhnya.
• Apabila menjalankan penyelenggaraan, pastikan untuk mencabut penyesuai AC dari
saluran keluar.
• Cuci habuk dari palam secara berkala.
• Apabila berlaku petir, hentikan operasi dan cabut penyesuai AC dari saluran keluar.
• Sekiranya kerosakan berlaku (jika anda bau sesuatu terbakar), hentikan operasi dan
cabut penyesuai AC dari saluran keluar.
• JANGAN merosakkan korda. JANGAN memproses, membengkokkan secara paksa,
menarik atau memintal korda. JANGAN meletakkan beban berat padanya atau
mengklipnya.
• JANGAN mencabut palam apabila tangan anda basah.
• Dilarang mengenakan beban yang banyak pada saluran keluar.
• JANGAN menggunakan unit jika korda kuasa atau palam rosak, atau sambungan ke
saluran keluar dinding telah longgar.
• Apabila anda mencabut penyesuai AC dan palam dari sambungan unit utama, jangan
tarik korda.
• Apabila membawa produk, jangan menjatuhkannya atau menyebabkan ia terhentak.
• JANGAN tumpahkan air yang boleh diminum, abu rokok, bahan berlogam, atau bahan
mudah terbakar ke dalam produk melalui saluran keluar udara atau liang sedut udara.
• JANGAN mengendalikannya apabila menggunakan racun serangga aerosol atau di dalam
bilik di mana terdapat sisa berminyak, dupa, percikan daripada nyalaan rokok, wasap
kimia dalam udara, atau di lokasi di mana unit boleh menjadi basah, seperti bilik mandi.
• Hanya Pusat Servis Sharp yang Sah dibenarkan untuk menyelenggara Penjanaan
Ion ini. Hubungi Pusat Servis terdekat untuk sebarang masalah, penyesuaian atau
pembaikan.
• JANGAN menggunakan unit dalam keadaan berhampiran atau pada di atas panas,
seperti dapur atau pemanas atau dalam persekitaran berwap.
• Keringkan titisan air apabila topi keledar dibasahi air.
• JANGAN menggunakan produk di tempat dipenuhi air atau tahap kelembapan yang tinggi.
• JANGAN menggunakan produk di tempat yang terdedah kepada pancaran terus
matahari.
• Kanak-kanak hendaklah diawasi bagi memastikan mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
• JANGAN menggunakan unit berhampiran peralatan gas atau perapian.
• Perkakas ini tidak direka untuk digunakan oleh mereka (termasuk kanak-kanak) yang
cacat tubuh badan, cacat mental dan deria, atau kurang pengalaman dan pengetahuan,
kecuali jika mereka diberikan penyeliaan atau arahan tentang penggunaan perkakas ini
oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
M-2

Advertisement

Table of Contents
loading

  Related Manuals for Sharp IG-CH2E