Arahan Keselamatan Penting - Sharp FP-J80E Operation Manual

Hide thumbs Also See for FP-J80E:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 1

ARAHAN KESELAMATAN PENTING

Sentiasa ikuti langkah keselamatan asas
semasa menggunakan perkakas elektrik,
termasuk yang berikut:
AMARAN
- Sentiasa perhatikan perkara
yang berikut untuk mengurangkan risiko kejutan
elektrik, kebakaran atau kecederaan:
• Baca semua arahan sebelum menggunakan
unit utama ini.
• Hanya gunakan salur keluar 220-240 volt.
• Perkakas ini tidak direka untuk digunakan
oleh mereka (termasuk kanak-kanak)
yang cacat tubuh badan, cacat deria
atau mental, mahupun mereka yang
kurang berpengalaman dan pengetahuan,
kecuali jika mereka diberikan penyeliaan
atau arahan yang betul tentang
penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan
mereka.
Kanak-kanak hendaklah diawasi bagi
memastikan mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
• Jika kord kuasa rosak, ia mesti digantikan
oleh pengilang, wakil servis, Pusat
Servis Sharp yang sah atau individu
yang berkelayakan bagi mengelakkan
bahaya. Sila hubungi Pusat Servis yang
berdekatan bagi sebarang masalah,
pelarasan atau pembaikan.
• Pastikan anda menanggalkan palam
sebelum menjalankan penyelenggaraan,
apabila menanggalkan, memasang dan
menggantikan penapis serta apabila tidak
menggunakannya untuk masa yang lama.
Kegagalan melakukan sedemikian akan
menyebabkan litar pintas berlaku yang
mengakibatkan kejutan elektrik atau
kebakaran.
• Jangan gunakan unit utama ini jika kord
kuasa atau palamnya rosak atau jika
sambungan ke salur keluar dinding longgar.
• Dari semasa ke semasa buang habuk yang
melekat pada palam.
• Jangan masukkan jari atau objek asing ke
dalam salur masuk atau salur keluar udara.
FP-J80E_EV_EP_L_J60E_MS.indd
2
• Sentiasa pegang palam dan jangan sesekali
tarik kordnya apabila hendak menanggalkan
palam kuasa.
Kegagalan melakukan sedemikian akan
menyebabkan litar pintas berlaku yang
mengakibatkan kejutan elektrik atau
kebakaran.
• Berhati-hati agar kord kuasa tidak rosak, jika
tidak, boleh menyebabkan kejutan elektrik,
terlebih panas atau kebakaran.
• Jangan tanggalkan palam dengan tangan
yang basah.
• Jangan letak unit utama ini berdekatan
atau pada objek panas, seperti dapur atau
pemanas, ataupun yang boleh terkena wap
air.
• Jangan kendalikan unit utama ini di dalam
bilik yang menggunakan penyembur
pembunuh serangga. Jangan kendalikan
unit utama ini di dalam bilik yang udaranya
berminyak, berbau asap, terdapat nyalaan api
daripada rokok yang dinyalakan, atau wasap
kimia di udara. Jangan kendalikan unit utama
di tempat yang basah seperti bilik mandi.
• Sila berhati-hati semasa membersihkan
unit utama ini. Bahan pencuci yang kuat
mengakis boleh merosakkan bahagian luar
unit.
• Jangan dedahkan unit utama kepada air.
Berbuat demikian boleh menyebabkan litar
pintas atau kejutan elektrik.
NOTA
– Apa harus dilakukan jika unit utama
mengganggu penerimaan radio atau TV
Jika pembersih udara mengganggu penerimaan
radio atau televisyen, cuba salah satu daripada
langkah-langkah berikut:
• Laraskan atau ubah kedudukan antena
penerima.
• Jauhkan unit utama dari radio atau TV.
• Sambungkan peralatan ke dalam salur keluar
pada litar yang berbeza yang bersambung
dengan penerima radio atau TV.
• Rujuk wakil penjual atau juruteknik radio atau
TV yang berkelayakan.
MS-2
2018/09/07
15:47:49

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Fp-j80evFp-j80epFp-j80lFp-j60eFp-j60l

Table of Contents