Sharp R-248J Operation Manual And Recipes page 110

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Daging Ayam Yang Sejuk Masak Cili
[Bahan-bahan]
3
1
/
cawan jellyfish
5
1 biji (50 gm) timun
230 gm paha ayam
10 cm daun bawang
3 keping halia
1 sudu besar wain cina
beberapa biji tomato
sedikit daun parsli
[Bahan-bahan untuk Sos]
3 sudu besar daun bawang yang dicincang halus
1 sudu teh halia(yang diparut)
4 sudu besar sos soya
1/2 sudu teh gula
1 sudu besar cuka
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar pasta bijan.
Bebola Daging dengan Sos Mastad Panjang.
[Bahan-bahan yang diperlukan]
200 gm daging lembu yang dicincang halus
10 keping cendawan
2 keping halia
300 gm mastad panjang
1 sudu besar minyak
800 ml air
2 sudu teh serbuk bikarbonat
[Bahan-bahan untuk Sos]
300 ml stok
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh monosodium glutamate
1/2 sudu teh gula
1 sudu teh sos soya yang cair
1/2 sudu teh minyak bijan
1 sudu besar tepung jagung
lada secukup rasa
[Bahan-bahan Perisa]
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh monosodium glutamate
1/2 sudu teh sos soya yang cair
1/2 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
lada secukup rasa
Siput sumbat
[Bahan-bahan yang diperlukan]
siput- 8
40 gm daging lembu yang dikisarkan
1 sudu teh wain
1 sudu teh sos soya
1 sudu teh daun bawang yang dicincang halus
1/2 biji telur yang telah dipukul
1
1
/
sudu besar tepung jagung
2
1/4 sudu teh perahan halia
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh gula.
DAGING
[Cara Memasak]
1. Rendamkan jellyfish di dalam air suam malaman
selama 2 hingga 3 hari. Kemudian keringkannya.
2. Tuangkan air panas ke atas jellyfish dan kacaukan
dengan garpu atau "chopstik". Apabila ia mula
mengecut, tambahkan air sejuk dan rendamkan buat
sementara waktu sebelum mentoskannya.
3. Timun dipotong menyerong.
4. Potong paha ayam. Tanggalkan kulit ayam dan letakkannya
di dalam mangkuk kaserol dengan mengarahkan kulitnya
ke bawah. Tambahkan daun bawang, halia dan wain. Tutup
dan letakkan di dalam ketuhar gelombang mikro pada tahap
HIGH selama 2 minit 30 saat. Biarkannya menjadi sejuk
sebelum menghiriskannya.
5. Letakkan bahan-bahan seperti yang terdapat pada
langkah-langkah 2,3 dan 4 di atas piring.
6. Kacau sos dan tuangkannya ke atas bahan tadi dan kacau
sehingga menjadi sebati sebelum menghidangkannya.
7. Hiaskan dengan tomato dan daun parsli.
[Cara Memasak]
1. Campurkan kesemua bahan-bahan perisa dengan
daging lembu yang dicincang. Bentukkan bebola
daging, kemudian tutup dan masak di dalam ketuhar
gelombang mikro pada tahap HIGH selama 1 minit
30 saat.
2. Pisahkan daun mastad panjang dan potong batang
mastad panjang kepada bentuk yang menarik.
3. Rendamkan kepingan mastad panjang yang telah
dipotong di dalam 800 ml air yang dicampurkan
dengan 2 sudu teh serbuk bikarbonat. Kemudian
angkat dan toskannya.
4. Masukkkan daun mastad panjang, halia dan cendawan
di dalam mangkuk kaserol dan renjiskan 1 sudu besar
minyak ke atasnya.
Kemudian tutup dan masak di dalam ketuhar
gelombang mikro pada tahap HIGH selama 4 hingga
5 minit. Kacau adunan itu selepas separuh daripada
masa yang disetkan.
5. Tambahkan bahan-bahan sos, tutup dan masak di
dalam ketuhar gelombang mikro pada tahap HIGH
selama 2 minit.
6. Tuangkan sos ke atas masakan yang telah masak. Sedia
untuk dihidangkan.
MAKANAN LAUT
[Cara Memasak]
1. Rendamkan siput di dalam air garam untuk membersihkan
sebarang pasir yang terlekat padanya. Bersihkannya dengan
menggeserkan cengkerang siput di antara satu sama lain.
2. Masukkan siput ke dalam mangkuk kaserol,
tambahkan air sebanyak 70 ml, tutup dan masak di
dalam ketuhar gelombang mikro pada tahap HIGH
selama 3 minit (sehingga kulit siput terbuka).
3. Campurkan ke semua ramuan yang lain dan
bahagikannya kepada 8 bahagian.
4. Sumbatkan setiap satu bahagian doh yang telah disiapkan
di dalam setiap bahagian siput yang tidak diisi daging siput.
5. Susunkan kesemua 16 bahagian siput di atas piring yang
leper, tambahkan 50 ml air, tutup dan masak di dalam ketuhar
gelombang mikro pada tahap HIGH selama 3 hingga 3 minit
M - 2
30 saat. Hidangkan sementara ianya panas.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

R-248j(w)R-248j(s)

Table of Contents