Download Print this page

Bahasa Melayu - Philips SpeedPro Max Aqua FC6904/61 Manual

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
- Jangan melebihi kuantiti maksimum yang disebutkan pada botol tersebut apabila anda
menggunakan pencuci lantai cecair. Jangan tambah lebih daripada beberapa titis pada air dalam
tangki air, kerana tangki ini mempunyai kapasiti sebanyak 200ml.
- Jangan bersihkan jalur besi pembasah dengan objek tajam kerana ini boleh merosakkan jalur
tersebut. Hanya bersihkan jalur pembasah dengan membilasnya di bawah paip. Gantikan jalur
pembasah apabila anda tidak boleh membersihkannya lagi.
- Gantikan jalur pembasah dengan jalur yang asli sahaja. Untuk memesan jalur baharu, lihat bab
'Memesan aksesori'.
- Bersihkan tangki air mengikut arahan. Tangki air tidak kalis mesin basuh pinggan.
- Jangan gunakan agen atau alat pencuci yang kasar untuk mencuci pedal Aqua Boost.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawaian dan peraturan yang berkaitan dengan pendedahan
kepada medan elektromagnet.
Menggunakan perkakas
Sekatan penggunaan
- Hanya gunakan tangki air di atas lantai keras yang mempunyai lapisan atas yang kalis air (seperti
linoleum, jubin berenamel dan parket bervarnis) dan lantai batu (seperti marmar). Jika lantai anda
belum dirawat untuk menjadikannya kalis air, periksa dengan pengeluar sama ada anda boleh
menggunakan air untuk membersihkannya. Jangan gunakan tangki air di atas lantai keras yang
mempunyai kerosakan pada lapisan atas kalis airnya.
- Hanya gunakan tangki air pada lantai linoleum yang dilekatkan dengan betul untuk mencegah
linoleum daripada ditarik ke dalam muncung mop.
- Jangan gunakan tangki air untuk membersihkan permaidani.
- Jangan gerakkan perkakas dengan pemasangan tangki air di tepi, kerana ini akan meninggalkan
titisan air. Hanya bergerak ke hadapan dan belakang.
Nota: Tempoh masa hidup bergantung pada paras kuasa yang digunakan semasa pembersihan.
Pad pengelap dan jalur pembasah
Perkakas ini disediakan dengan satu jalur pembasah dan dua pad pengelap mikrofiber yang serupa.
Dengan tangki air, jalur pembasah dan pad pengelap mikrofiber dilampirkan pada muncung standard
lantai, anda boleh mencuci lantai yang sukar.
Menggunakan pencuci lantai cecair dalam tangki air
Jika anda ingin menambah pencuci lantai cecair pada air di dalam tangki air, pastikan anda
menggunakan pencuci lantai cecair kurang buih atau tidak berbuih yang boleh dicairkan dalam air.
Oleh sebab tangki air mempunyai kapasiti sebanyak 200ml, anda hanya perlu menambah beberapa
titis pencuci lantai cecair pada air.
Mencuci tangki air
Untuk mencuci tangki air, campurkan satu sukatan cuka dengan tiga sukatan air. Tuangkan campuran
ini ke dalam tangki air dan tutup penutupnya. Goncang tangki air itu dan letakkan tangki air di atas

Bahasa Melayu

15

Hide quick links:

Advertisement

loading