Download Print this page

Philips SpeedPro Max Aqua FC6904/61 Manual page 12

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bahasa Melayu
14
- Pembersih vakum ini direka untuk penggunaan di rumah sahaja. Jangan gunakan pembersih
vakum ini untuk menyedut sampah bangunan, habuk simen, abu, pasir halus, kapur dan bahan
yang serupa. Jangan sekali-kali menggunakan pembersih vakum tanpa sebarang penuras. Ini akan
merosakkan motor dan memendekkan hayat pembersih vakum. Sentiasa bersihkan semua
bahagian pembersih vakum seperti ditunjukkan dalam manual pengguna. Jangan bersihkan
sebarang bahagian dengan air dan/atau agen pembersih jika ini tidak ditunjukkan secara khusus
dalam manual pengguna.
Awas
- Hanya cas perkakas dengan penyesuai yang dibekalkan. Hanya gunakan palam penyesuai 18V
ZD12D250050 atau palam penyesuai 25V ZD12D300050.
- Semasa mengecas, penyesuai menjadi panas untuk disentuh. Ini perkara biasa.
- Jangan pasang palam, cabut palam atau kendalikan perkakas dengan tangan yang basah.
- Jangan cabut palam penyesuai dari soket dinding dengan menarik kordnya (Raj. 1). Sentiasa cabut
penyesuai perkakas dengan menanggalkan penyambung magnet dari cakera (Raj. 2) pengecasan
magnet.
- Sentiasa matikan perkakas selepas menggunakan dan sebelum anda mengecasnya.
- Jangan sekali-kali menghalang bukaan udara ekzos semasa memvakum.
- Jangan bersihkan baldi habuk atau penutup baldi habuk dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
Baldi habuk tidak kalis mesin basuh pinggan.
- Jangan bersihkan bahan putih menggunakan pembersih vakum biasa atau berus untuk
mengelakkan kerosakan pada bahan.
- Selalu gunakan pembersih vakum dengan unit turas yang dipasang.
- Jika anda membersihkan penuras span boleh dibasuh dengan air, pastikan ianya benar-benar
kering sebelum anda meletakkannya semula ke dalam pemegang penuras dan bekas habuk.
Jangan mengeringkan penuras span di bawah cahaya matahari, pada radiator atau dalam mesin
pengering. Jangan bersihkan pemegang penuras dengan air. Bahagian ini tidak boleh dicuci.
- Gantikan penuras span boleh dicuci jika tidak lagi dibersihkan dengan betul atau jika rosak (lihat
'Memesan aksesori').
- Jangan sekali-kali gunakan sebarang aksesori atau bahagian daripada pengilang lain atau yang
tidak disyorkan secara khusus oleh Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian
sedemikian, jaminan anda menjadi tidak sah.
- Pastikan suhu di dalam bilik yang menyimpan perkakas atau dicaskan pada suhu antara 5°C dan
40°C.
- Pastikan bahawa perkakas ini dipasang dengan lekapan dinding dilekapkan pada dinding
mengikut arahan dalam manual pengguna.
- Untuk mengelak risiko kejutan elektrik, berhati-hatilah semasa menggerudi lubang pada dinding
untuk memasang lekapan dinding ini.
- Jika anda menggunakan perkakas untuk memvakum pasir halus, kapur, habuk simen dan bahan
yang serupa, liang penuras akan tersumbat. Bersihkan penuras dengan kerap.
- Oleh sebab perkakas ini menggunakan air untuk dibersihkan, lantai mungkin akan kekal basah dan
licin buat seketika (Raj. 3).
- Untuk mencegah kerosakan, jangan masukkan lilin, minyak, produk penyelenggaraan lantai atau
pencuci lantai cecair yang tidak boleh dicairkan dengan air ke dalam tangki air.
- Jangan campurkan pelbagai jenis pencuci lantai cecair. Apabila anda sudah menggunakan sejenis
pencuci lantai cecair, kosongkan dahulu dan bilas tangki air sebelum anda menambah pencuci
lantai cecair lain ke dalam air dalam tangki air.
- Untuk mencegah kerosakan, jangan gunakan pencuci lantai cecair yang tidak lut sinar ataupun
keruh.

Hide quick links:

Advertisement

loading