Download Print this page

Philips SpeedPro Max Aqua FC6904/61 Manual page 11

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Maklumat keselamatan penting
Baca maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan aksesorinya dan
simpan untuk rujukan pada masa hadapan. Aksesori yang dibekalkan mungkin berbeza-beza untuk
berlainan produk.
Bahaya
- Jangan memvakum air atau sebarang cecair lain. Jangan sekali-kali sedut bahan mudah bakar dan
jangan sedut abu selagi abu itu belum sejuk.
- Jangan sekali-kali merendam perkakas atau penyesuai dalam air atau sebarang cecair lain, atau
membilasnya di bawah paip.
Amaran
- Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada penyesuai adalah berpadanan dengan voltan
sesalur kuasa tempatan anda sebelum anda menyambungkan perkakas ini.
- Perkakas ini mengandungi bateri boleh cas semula yang hanya boleh digantikan oleh orang yang
mahir. Jangan buka perkakas tersebut untuk menggantikan bateri boleh cas semula.
- Pastikan anda memeriksa perkakas setiap kali sebelum anda menggunakannya. Jangan gunakan
perkakas atau penyesuai sekiranya rosak. Bahagian yang rosak hendaklah digantikan dengan jenis
yang asli sahaja.
- Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk menggantikannya dengan
plag lain, kerana ini membawa kepada situasi berbahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan dengan penggunaan perkakas ini oleh
orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
- Jauhkan perkakas dan kordnya dari capaian kanak-kanak.
- Cabut palam daripada soket sesalur sebelum membersihkan atau menyelenggarakan perkakas.
- Cabut palam penyesuai jika anda tidak akan menggunakan perkakas untuk tempoh yang lama.
- Jangan biarkan berus bermotor bergerak di atas kod sesalur kuasa perkakas lain atau kabel lain
kerana ini boleh mengundang bahaya.
- Jauhkan pakaian yang longgar, rambut dan anggota badan daripada berus bermotor.
- Jangan tutup atau halang lubang ruang udara apabila perkakas sedang beroperasi.
- Untuk mengelakkan kerosakan, jangan gunakan jika penurasnya tiada di dalam bekas debu.
- Untuk mengelakkan kerosakan, jangan masukkan minyak bereter atau bahan yang serupa dalam
tangki air atau membiarkan perkakas menyedutnya.
- Jangan angkat atau condongkan muncung apabila tangki air dipasang dan penuh, kerana air
mungkin akan tersembur keluar daripada tangki air.
- Jangan sekat salur masuk perkakas semasa sedang beroperasi.
- Jangan simpan perkakas pada suhu melebihi 40°C atau bawah 5°C.
- Jangan gunakan perkakas di dalam bilik dengan suhu yang melebihi 40°C.
- Jangan bakar, tanggalkan atau dedahkan perkakas kepada suhu yang melebihi 60°C. Bateri boleh
dicas semula boleh meletup jika terlalu panas.
- Jurutera servis yang bertauliah sahaja boleh menggantikan bateri boleh cas semula. Bawa
perkakas ke pusat servis Philips yang sah untuk menggantikan bateri tersebut apabila anda tidak
boleh mengecas semula bateri atau apabila kuasa bateri itu habis dengan cepat.
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
13

Hide quick links:

Advertisement

loading