Arahan Keselamatan Yang Penting Untuk Pengguna - Panasonic MC-CG373 Operating Instructions Manual

Table of Contents

Advertisement

ARAHAN KESELAMATAN YANG PENTING UNTUK PENGGUNA

Untuk mengelakkan risiko berbahaya kepada pengguna produk ini atau yang berhampirannya dan
kerosakan harta benda, pastikan anda mengikuti langkah-langkah keselamatan tertera di bawah.
• Syarat-syarat berikut adalah untuk langkah-langkah keselamatan. Ia terbahagi mengikut tahap bahaya
atau kerosakan yang mungkin berlaku jika kandungannya diabaikan semasa menggunakan produk ini.
AMARAN
■ Jangan biarkan produk terpasang pada salur keluar soket. Palam mestilah dicabut dari salur keluar soket
sebelum membersihkan atau menyelenggara produk. Jika tidak, boleh mengakibatkan kejutan elektrik.
■ Produk ini bukan untuk penggunaan individu (termasuk kanak-kanak) yang kurang keupayaan fi zikal, deria
atau mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diawasi atau diberi arahan tentang
cara penggunaan produk oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka. Jika tidak,
boleh mengakibatkan kejutan elektrik, kebakaran atau kecederaan.
■ Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan produk. Jika tidak, boleh
mengakibatkan kejutan elektrik, kebakaran atau kecederaan.
■ Jangan gunakan produk jika Kord Kuasa atau Palam rosak. Jika produk tidak berfungsi seperti yang
sepatutnya atau telah terjatuh, rosak, dibiarkan di luar rumah atau terkena air, sila rujuk Pusat Servis yang
bertauliah. Jika tidak, boleh mengakibatkan kejutan elektrik atau kebakaran.
■ Jika Kord Kuasa rosak, ia perlu ditukar oleh pembuat, ejen servis atau individu yang bertauliah untuk
mengelakkan bahaya.
■ Jangan tarik atau angkat produk dengan menggunakan Kord Kuasa, jangan gunakan Kord Kuasa sebagai
pemegang, jangan biarkan Kord Kuasa tersepit pintu dan jangan tarik Kord Kuasa berhampiran bucu atau
sudut tajam. Jangan memvakum Kord Kuasa. Pastikan Kord Kuasa jauh dari permukaan panas. Jika tidak,
boleh mengakibatkan kebakaran.
■ Pastikan Palam dimasukkan ke dalam salur keluar soket dengan ketat sebelum mengendalikan produk.
Jika tidak, ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
■ Bersihkan Palam dengan kerap. Jika tidak, ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
■ Berhenti menggunakan produk dengan segera dan cabut Palam sekiranya keadaan tidak normal dan
rosak. Jika tidak, ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
■ Jangan kendalikan palam atau produk dengan tangan yang basah. Jika tidak, boleh mengakibatkan
kejutan elektrik.
■ Jangan masukkan apa-apa objek ke dalam Salur Masuk Penyambung Hos dan jangan gunakan produk
ketika ia tersumbat (Petunjuk Habuk VAC menjadi merah). Pastikan tiada habuk, benang kusut, rambut dan
apa-apa yang boleh menyumbat atau mengurangkan aliran angin.
■ Jauhkan rambut, pakaian longgar, jari dan semua bahagian badan daripada Salur Masuk Penyambung
Hos dan bahagian yang bergerak. Jika tidak, boleh mengakibatkan kejutan elektrik.
■ Jangan gunakan produk tanpa Penapis dan Beg Habuk. Jika tidak, boleh mengakibatkan kejutan elektrik
atau kebakaran.
■ Matikan semua kawalan sebelum mencabut Palam. Jika tidak, boleh mengakibatkan kejutan elektrik.
■ Jangan guna untuk menyedut bahan mudah terbakar atau penyala api atau apa-apa yang setaraf atau
di kawasan yang mungkin mempunyai bahan mudah terbakar. Jika tidak, boleh mengakibatkan kejutan
elektrik atau kebakaran.
■ Produk ini hendaklah diservis oleh Pusat Servis yang bertauliah dan hanya menggunakan alat gantian
yang asli. Jika tidak, boleh mengakibatkan kebakaran atau produk tidak beroperasi dengan betul.
■ Gunakan produk pada voltan yang ditetapkan. Jika tidak, boleh mengakibatkan kejutan elektrik atau
kebakaran.
■ Jangan menggunakan kord penyambung. Jika tidak, ia boleh mengakibatkan kejutan elektrik atau
kebakaran.
MC-CG370_EMTC.indd 3
MC-CG370_EMTC.indd 3
Syarat-syarat ini memberi anda amaran bahawa kematian atau
kecederaan yang serius boleh berlaku disebabkan pengendalian
produk yang tidak betul.
3
12/29/2016 4:23:44 PM
12/29/2016 4:23:44 PM

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Mc-cg370Mc-cg371

Table of Contents