Download Print this page

Electrolux UltraOne Instruction Manual page 8

Hide thumbs Also See for UltraOne:

Advertisement

Nasihat keselamatan
8
Keperluan keselamatan dan amaran
Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak
berumur 8 tahun dan ke atas dan orang yang
kurang keupayaan fizikal, deria dan mental atau
tiada pengalaman atau pengetahuan jika mereka
telah diselia atau diberikan arahan tentang
penggunaan perkakas dengan cara yang selamat
dan memahami bahaya yang terlibat.
AMARAN: Muncung turbo* mempunyai berus
berputar yang boleh memerangkap benda. Sila
gunakannya dengan berhati-hati dan hanya pada
eng
permukaan yang dimaksudkan. Sila matikan
pembersih vakum sebelum mengeluarkan benda
yang terperangkap atau membersihkan berus.
Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan
tw
bahawa mereka tidak bermain dengan perkakas
tersebut.
Pembersihan dan penyelenggaraan tidak
sepatutnya dilakukan oleh kanak-kanak tanpa
ind
penyeliaan.
Sentiasa cabut palam daripada sesalur sebelum
membersihkan atau menyelenggarakan perkakas.
Jangan sekali-kali menggunakan pembersih
kor
vakum tanpa penapisnya.
Waspada
Perkakas ini mempunyai sambungan elektrik:
• Jangan sekali-kali memvakum sebarang cecair
mal
• Jangan rendam di dalam sebarang cecair untuk
dibersihkan
• Hos mestilah diperiksa dengan kerap dan tidak
boleh digunakan jika rosak.
thai
Perkara di atas boleh menyebabkan kerosakan
serius kepada motor, yang tidak diliputi oleh
waranti.
viet
Pembersih vakum ini untuk kegunaan domestik
sahaja.
Jangan sekali-kali menggunakan pembersih
vakum
ch
• Berdekatan dengan gas yang mudah terbakar,
dll.
• Pada objek yang tajam
• Pada sinder yang panas atau sejuk, puntung
rokok yang menyala, dll.
• Pada habuk halus, contohnya plaster, konkrit,
tepung.
Langkah berjaga-jaga kord kuasa
• Periksa dengan kerap bahawa palam dan kord
tidak rosak. Jangan sekali-kali menggunakan
pembersih vakum jika kord rosak.
• Jika kord rosak, ia mestilah diganti hanya oleh
pusat servis Electrolux yang bertauliah untuk
mengelakkan bahaya. Kerosakan terhadap kord
pembersih vakum tidak diliputi oleh waranti.
• Jangan sekali-kali menarik atau mengangkat
pembersih vakum menggunakan kordnya.
Semua kerja-kerja servis dan pembaikan mestilah
dijalankan oleh pusat servis Electrolux yang
bertauliah. Simpan pembersih vakum di tempat
yang kering.
Dasar maklumat pengguna dan kemampanan
Electrolux menafikan semua tanggungjawab untuk
semua kerosakan yang timbul daripada mana-
mana penggunaan perkakas secara yang tidak
wajar atau dalam kes yang menyalahgunakan
perkakas. Untuk mendapatkan butiran lanjut
tentang waranti dan hubungan pengguna, sila lihat
Buku Kecil Waranti di dalam bungkusan
Jika anda mempunyai sebarang komen tentang
pembersih atau manual arahan, sila e-mel kepada
kami di floorcare@electrolux.com
Dasar kemampanan
Produk ini direka bentuk dengan
mempertimbangkan alam sekitar. Semua
bahagian plastik ditandai untuk tujuan kitar
semula.
Untuk perincian, sila lihat laman web kami:
www.electrolux.com
Bahan pembungkusan dipilih daripada bahan yang
mesra alam dan boleh dikitar semula.
* Aksesori mungkin berbeza-beza daripada satu
model kepada model lain.

Hide quick links:

Advertisement

loading