Bosch AutoCook MUC6 Series Instruction Manual page 33

Hide thumbs Also See for AutoCook MUC6 Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

Arahan keselamatan
ms
Arahan keselamatan
W Bahaya kejutan elektrik dan kebakaran!
Perkakas hanya dibenarkan disambung pada soket yang telah
dipasang menurut arahan dengan pembumian pada bekalan kuasa.
Sila pastikan sistem litar pelindung bagi pemasangan dalaman
dipasang menurut arahan. Sambung dan kendalikan perkakas
hanya mengikut spesifikasi pada plat kadaran.
Hanya kendalikan sekiranya tiada tanda kerosakkan pada perkakas
dan kord kuasa. Pembaikan pada perkakas hanya boleh dilakukan
oleh perkhidmatan pelanggan kami untuk mengelakkan bahaya.
Jika kord bekalan kuasa perkakas ini rosak, ia mesti digantikan
dengan kabel sambungan khas yang disediakan oleh khidmat
pelanggan kami. Jangan sambungkan perkakas pada pemasa
atau soket yang dikawal dengan alat kawalan jauh. Sentiasa awasi
perkakas semasa menggunakannya! Sekiranya berlaku kerosakan,
tarik plag utama atau matikan bekalan kuasa elektrik dengan serta
merta. Jangan biarkan kabel bekalan kuasa bersentuhan dengan
bahagian panas atau menariknya di atas bahagian sisi yang tajam.
Jangan sesekali merendam peralatan atau kabel bekalan kuasa ke
dalam air atau pembasuh pinggan mangkuk. Cabut plag sebelum
membasuh.
W Bahaya kebakaran!
Perkakas memasak dengan pertolongan tekanan stim. Penggunaan
perkakas dengan cara yang salah boleh mengakibatkan lecur.
Sebelum perkakas dipanaskan, pastikan ia ditutup dengan betul.
Beri perhatian pada arahan pengendalian Setiap kali sebelum
menggunakan perkakas, periksa pembukaan injap stim dengan
kerap untuk memastikan ia tidak tersekat. Beri perhatian pada
arahan pengendalian Jangan sesekali mengganggu sistem
keselamatan yang melebihi arahan penyelenggaraan yang
dinyatakan dalam arahan pengendalian. X "Penjagaan dan
pembersihan harian" lihat halaman 52
Jangan sesekali menggunakan perkakas untuk menggoreng
lembut makanan dengan fungsi tekanan stim. Jangan sesekali
menggunakan perkakas tanpa periuk. Sebelum memulakan
program penyediaan, periksa sama ada perkakas telah ditutup
dengan baik. Jangan sesekali letakkan perkakas di dalam ketuhar
yang panas. Semasa pengendalian, perkakas memanaskan
perumah, periuk dan komponen berlogam! Tanggalkan periuk dan
aksesori hanya dengan peralatan yang disediakan. Gunakan sarung
tangan. Perkakas menghasilkan stim panas. Jangan bongkok di
atas perkakas.
33

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Autocook muc8 series

Table of Contents