RESIPI SAYA
Anda boleh menetapkan sebarang tiga program sebagai "Resipi Saya".
Program lalai ialah (1)Beras, (2)Sup, (3) Kukus. Kita boleh menekan "Resipi
Saya" untuk memilih antara 3 resipi yang kita mahu gunakan atau ubah.
Jika anda mahu mengubah salah satu program lalai, contohnya, untuk
mengubah "Kukus" kepada "Lembu/Kambing", ikut langkah berikut:
1. Tekan Resipi Saya untuk memilih (3) Kukus – Rajah 26.
2. Tekan "masak dengan tekanan" untuk memilih program Lembu/
Kambung – Rajah 27.
3. Tetapkan masa memasak atau tekanan atau suhu jika perlu (sila
rujuk arahan di bawah untuk mengubah parameter memasak ini)
– Rajah 28.
4. Tekan dan tahan butang "Resipi Saya" selama 3 saat untuk
menyimpannya.
MEMBERSIH DAN MENYELENGGARA
1. Anda disyorkan agar membersihkan perkakas selepas setiap
penggunaan. Sebelum membersihkan, biarkan perkakas anda
menyejuk sekurang-kurangnya 2 jam.
2. Hanya alat-alat aksesori boleh dibersihkan mengguna pembasuh
pinggan mangkuk automatik – Rajah 5. Jangan masukkan perkakas,
periuk memasak atau penutup dalaman yang boleh dikeluarkan
kedalam pembasuh pinggan mangkuk automatik – Rajah 6.
a Keluarkan pengumpul kondensasi, letakkan di dalam pencuci
pinggan mangkuk. – Rajah 30.
b Sebelum meletakkan penutup wap di dalam pencuci pinggan mangkuk,
anda perlu mengasingkannya dalam dua bahagian – Rajah 31.
c Tanggalkan injap had tekanan untuk membersihkannya, bilas di
bawah air dan keringkan – Rajah 32.
d Untuk membersihkan tudung dalaman, anda perlu
menanggalkannya daripada perkakas dan bersihkan semua
komponen. Buka skru nat pengikatan tudung dalaman, tarik pada
puncak di tengah-tengah dan tolak penutup injap had tekanan
salur untuk membantu anda mengeluarkannya. – Rajah 33-34.
e Kemudian baru anda membilas bahagian dalam penutup dengan
air bersih. – Rajah 39. Injap terapung patut dibuka dengan
mengeluarkan gasket silicon kecil, kemudian pusing bahagian
40
Need help?
Do you have a question about the HOME CHEF Smart Pro and is the answer not in the manual?