Samsung CP1395EST User Manual page 8

Samsung microwave oven user manual
Hide thumbs Also See for CP1395EST:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Berhati-hati apabila memanaskan cecair seperti air atau minuman lain.
- Pastikan anda mengacau semasa atau sesudah memasak.
- Elakkan daripada menggunakan bekas yang licin dengan leher yang sempit.
- Keluarkan bekas sekurang-kurangnya 30 saat selepas pemanasan.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan limpahan kandungan yang mendadak dan
menyebabkan luka kebakaran.
Jangan pegang makanan atau sebarang bahagian segera selepas memasak.
- Gunakan sarung tangan memasak kerana ia mungkin sangat panas dan anda boleh mendapat luka
kebakaran.
- Jika anda menarik pinggan seramik atau dulang serbaguna ke depan, makanan mungkin tumpah dan
menyebabkan luka kebakaran.
Apabila permukaannya retak, matikan suis kuasa alat.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik.
Jangan calarkan kaca pintu ketuhar dengan benda tajam.
- Ini boleh menyebabkan kaca tersebut rosak atau pecah.
Jangan berdiri di atas alat ini atau letakkan benda (seperti kain baju, penutup ketuhar, lilin yang menyala,
rokok yang menyala, bekas, bahan kimia, benda logam, dll) di atas alat ini.
- Benda-benda seperti kain, boleh tersepit pada pintu.
- Ini boleh menyebabkan kejutan elektrik, kebakaran, masalah dengan produk, atau kecederan.
Jangan kendalikan alat ini dengan tangan yang basah.
- Ini boleh menyebabkan kejutan elektrik.
Jangan semburkan bahan meruap seperti ubat serangga pada permukaan alat.
- Selain daripada bahayanya ke atas manusia, ia mungkin juga boleh menyebabkan kejutan elektrik,
kebakaran atau masalah dengan produk.
Jangan kenakan tekanan atau hentaman berlebihan pada pintu atau bahagian dalam alat.
- Ini boleh menyebabkan kecacatan pada produk atau kecederaan disebabkan kebocoran gelombang
elektrik.
- Bergayut pada pintu boleh menyebabkan produk ini jatuh dan menyebabkan kecederaan.
- Jika pintunya rosak, jangan gunakan alat ini dan hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan
anda.
Jangan letakkan alat ini di atas benda yang mudah pecah seperti sinki atau benda kaca.
- Ini boleh menyebabkan kerosakan pada sinki atau benda kaca tersebut.
Gunakan alat ini hanya selepas menutup pintunya.
- Jika anda menggunakan alat ini apabila ia dicemari oleh bahan-bahan asing seperti sisa makanan, ia
boleh menyebabkan masalah dengan alat ini.
Berhati-hati apabila membuka bungkusan dari makanan yang baru sahaja dikeluarkan dari alat ini.
- Jika makanan itu panas, wap panas mungkin dikeluarkan secara mendadak apabila anda membuka
bungkusan dan anda mungkin mendapat luka kebakaran.
Jangan cabut palam alat ini dengan menarik kord kuasanya, sentiasa genggam palam dengan kukuh dan
tarik terus dari soket.
- Kerosakan pada kord boleh menyebabkan litar pintas, kebakaran dan/atau kejutan elektrik.
Jangan letakkan muka atau tubuh anda dekat dengan alat ini semasa memasak atau apabila membuka
pintunya sejurus selepas memasak.
- Berhati-hati agar kanak-kanak tidak menghampiri alat ini.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan luka kebakaran daripada haba.
Jangan letakkan makanan atau benda berat di atas pintu apabila membuka pintu.
- Makanan atau benda tersebut boleh jatuh dan ini boleh menyebabkan luka kebakaran atau kecederaan.
8_ maklumat keselamatan
CP1395EST_XSP_DE68-03885E_MA.indb 8
2011-08-02
8:22:37

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Cp1395e

Table of Contents