Samsung CP1395EST User Manual page 5

Samsung microwave oven user manual
Hide thumbs Also See for CP1395EST:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Semasa digunakan, alat ini menjadi panas. Berhati-hati agar tidak menyentuh elemen-elemen
pemanas di dalam ketuhar.
Apabila memindahkan unsur-unsur pemanas, pastikan anda menggunakan peralatan yang
dimaksudkan untuk memindahkan unsur pemanas semasa memakai sarung tangan keselamatan
yang disediakan dengan produk ini, dan lihat sama ada suhu jatuh secukupnya (sekurang-
kurangnya 10 minit selepas gril atau operasi pemasakan kombinasi) selepas pengendalian.
SENTIASA gunakan sarung tangan ketuhar apabila mengeluarkan bekas dari ketuhar untuk
mengelakkan luka terbakar yang tidak disengajakan.
Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila membuka pintunya.
Sebab : Udara atau wap panas yang dilepaskan boleh melecurkan kulit.
Pemanasan minuman menggunakan gelombang mikro boleh menyebabkan pendidihan letusan
lewat; oleh itu anda harus berhati-hati apabila mengendalikan bekas; Untuk mencegah situasi ini
SENTIASA beri masa biar sekurang-kurangnya 20 saat selepas ketuhar dimatikan supaya suhu
boleh menjadi sama rata. Kacau semasa memanaskan, jika perlu, dan SENTIASA kacau selepas
memanaskan. Sekiranya kulit anda melecur, ikut arahan PERTOLONGAN CEMAS berikut:
- Rendam bahagian yang melecur dalam air sejuk selama sekurang-kurangnya 10 minit.
- Balut dengan pembalut yang bersih dan kering.
- Jangan bubuh sebarang krim, minyak atau losen.
- Hubungi seorang doctor
Jika kord bekalan rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, ejen perkhidmatannya atau orang-
orang yang sama berkelayakan bagi mengelakkan bahaya.
Kanak-kanak harus diselia bagi memastikan mereka tidak bermain dengan alat ini.
Telur dalam kulitnya dan telur rebus tidak harus dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro
oleh kerana ia boleh meletup, walaupun setelah pemanasan gelombang mikro telah selesai.
AMARAN : Kandungan botol makanan bayi dan balang makanan bayi harus dikacau atau
digoncang dan suhunya diperiksa sebelum makanan dimakan, bagi mengelakkan luka terbakar.
AMARAN : Hanya benarkan kanak-kanak menggunakan ketuhar tanpa penyeliaan apabila
arahan yang mencukupi telah diberikan supaya kanak-kanak tersebut boleh menggunakan
ketuhar dengan cara yang selamat dan memahami bahaya penggunaan yang tidak betul.
AMARAN : Apabila alat dikendalikan dalam mod kombinasi, kanak-kanak hanya boleh
menggunakan ketuhat dibawah penyeliaan orang dewasa kerana suhu yang dijana.
Alat ini tidak harus digunakan oleh kanak-kanak atau orang-orang yang kurang keupayaan
fizikal, sensori atau mental, atau tidak berpengalaman atau berpengetahuan, kecuali mereka di
bawah penyeliaan atau arahan.
AMARAN : Bahagian-bahagian yang boleh dicapai akan menjadi panas semasa digunakan.
Untuk mengelakkan luka kebakaran, kanak-kanak kecil harus dijauhkan dari alat ini.
AMARAN : Pastikan alat ini dimatikan sebelum menggantikan lampu bagi mengelakkan
kemungkinan kejutan elektrik.
Jangan sentuh palam kuasa dengan tangan yang basah.
- Ini boleh menyebabkan kejutan elektrik.
Jangan matikan alat ini dengan mencabut palam kuasa semasa ia sedang beroperasi.
- Memasang semula palam kuasa pada soket dinding boleh menyebabkan bunga api dan
menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
Jauhkan semua bahan pembungkusan dari kanak-kanak, kerana bahan pembungkusan boleh
jadi berbahaya kepada kanak-kanak.
- Jika seorang kanak-kanak menyarungkan beg di atas kepalanya, ia boleh menyebabkannya lemas.
maklumat keselamatan _5
CP1395EST_XSP_DE68-03885E_MA.indb 5
2011-08-02
8:22:37

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Cp1395e

Table of Contents