Samsung CP1395EST User Manual page 35

Samsung microwave oven user manual
Hide thumbs Also See for CP1395EST:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

MENGGUNAKAN MOD MASAKAN KERAK MANUAL
Biasanya, apabila memasak di dalam ketuhar gelombang mikro, menggunakan mod
gril atau gelombang mikro di dalam ketuhar gril/perolakan, makanan seperti pastri dan
piza menjadi kembang di bahagian bawahnya. Menggunakan Pinggan Kerak Samsung
membantu anda mendapatkan hasil masakan yang rangup. Pinggan kerak boleh juga
digunakan untuk bakon, telur, sosej, dll.
Pinggan kerak di atas pinggan putar
1. Panaskan dahulu pinggan kerak, seperti yang diterangkan di atas.
Sebelum menggunakan pinggan kerak, panaskan ia dahulu dengan
memilih mod kombinasi selama 3 hingga 5 minit:
• Kombinasi perolakan (180 °C) dan gelombang mikro (aras kuasa 600 W)
• Kombinasi gril dan gelombang mikro (aras kuasa 600 W).
Gunakan sarung tangan ketuhar setiap masa kerana pinggan kerak akan
menjadi sangat panas.
2. Sapukan pinggan dengan minyak jika anda hendak memasak makanan
seperti bakon dan telur, untuk memerangkan makanan dengan cantik.
• Sila ambil perhatian bahawa pinggan kerak mempunyai lapisan teflon yang
tidak tahan calar. Jangan gunakan sebarang objek tajam seperti pisau
untuk memotong di atas pinggan kerak.
• Gunakan aksesori plastik untuk mengelakkan calar pada permukaan
pinggan kerak atau alihkan makanan dari pinggan sebelum memotong.
3. Letakkan makanan di atas pinggan kerak.
• Jangan letakkan sebarang bekas di atas pinggan kerak yang tidak tahan
panas (mangkuk plastik contohnya).
4. Letakkan pinggan kerak di atas rak logam (atau pinggan putar) di dalam
gelombang mikro.
• Jangan sekali-kali letakkan pinggan kerak di dalam ketuhar tanpa pinggan
putar.
5. Putar dail Mode Selector (Pemilih Mod) ke
kedudukan Kombinasi (Gril atau Perolakan).
CP1395EST_XSP_DE68-03885E_MA.indb 35
Plate berkerak + Rak Tinggi
penggunaan ketuhar _35
2011-08-02
8:22:54

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Cp1395e

Table of Contents