Samsung CP1395EST User Manual page 7

Samsung microwave oven user manual
Hide thumbs Also See for CP1395EST:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

JANGAN kendalikan ketuhar gelombang mikro semasa ia kosong. Kuasa akan diputuskan secara automatik
untuk keselamatan. Anda boleh menggunakan ketuhar seperti biasa selepas membiarkan ia selama lebih dari 30
minit. Adalah baik anda membiarkan segelas air di dalam ketuhar pada setiap masa. Air tersebut akan menyerap
tenaga gelombang mikro jika ketuhar dimulakan secara tidak sengaja.
AMARAN : Jika pintu atau kedap pintu rosak, ketuhar tidak boleh dikendalikan sehingga ia telah dibaiki oleh
orang yang cekap.
AMARAN : Cecair dan makanan lain tidak boleh dipanaskan di dalam bekas yang dikedap kerana ia boleh
meletup.
Jika alat ini dibanjiri, putuskan kuasa dengan segera dan sila hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan
anda.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
Jika alat ini mengeluarkan bunyi bising, bau terbakar atau asap, cabut palam kuasa dengan segera dan hubungi
pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
Jangan cuba membaiki, merungkah, atau mengubah suai alat ini sendiri.
- Oleh kerana arus voltan tinggi memasuki casis produk, ini boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
- Anda mungkin terdedah kepada gelombang-gelombang elektromagnet.
- Apabila pembaikan alat ini diperlukan, hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda.
AMARAN : Adalah merbahaya bagi seseorang yang tidak cekap menjalankan sebarang servis atau operasi
pembaikan yang melibatkan kerja menanggalkan penutup yang memberi perlindungan daripada pendedahan
kepada tenaga gelombang mikro.
Jika sebarang benda asing seperti air memasuki alat ini, cabut palam kuasa dan hubungi pusat perkhidmatan
yang terdekat dengan anda.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
Jika asap kelihatan, matikan atau cabut palam alat dan pastikan pintu ketuhar ditutup untuk mematikan api;
Tanda-tanda awas bagi menggunakan
AWAS
Hanya gunakan perkakas yang sesuai untuk digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro; JANGAN gunakan
sebarang bekas logam, Pinggan mangkuk makan malam dengan kemasan emas atau perak, Pencucuk, garpu,
dll. Buang tali ikat dawai dari beg kertas atau plastik.
Sebabnya : Pengarkaan atau pencucuhan elektrik boleh berlaku dan boleh merosakkan ketuhar.
Apabila memanaskan makanan dalam bekas plastik atau kertas, perhatikan ketuhar untuk mengesan
kemungkinan pencetusan bunga api;
Jumlah makanan yang kecil memerlukan masa memasak atau memanas yang lebih pendek.
Jika masa yang biasa dibenarkan ia boleh terlampau panas dan hangus.
Anda mungkin mendengar bunyi Berklik semasa ketuhar sedang beroperasi (terutamanya semasa ketuhar
sedang mencair beku).
Sebabnya : Bunyi ini adalah normal apabila output kuasa elektrik sedang bertukar.
Kanak-kanak kecil tidak harus SEKALI-KALI dibenarkan menggunakan atau bermain dengan ketuhar gelombang
mikro. Mereka juga tidak harus dibiarkan berada dekat dengan ketuhar gelombang mikro tanpa jagaan semasa ia
sedang digunakan. Barang-barang yang menarik minat kanak-kanak tidak harus disimpan atau disembunyikan di
atas ketuhar.
Kanak-kanak harus diselia bagi memastikan mereka tidak bermain dengan alat ini.
Berhati-hati kerana minuman atau makanan mungkin sangat panas selepas dipanaskan.
- Terutamanya apabila memberi makan kanak-kanak, periksa bagi memastikan makanan tersebut telah sejuk
secukupnya.
maklumat keselamatan _7
CP1395EST_XSP_DE68-03885E_MA.indb 7
2011-08-02
8:22:37

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Cp1395e

Table of Contents