Samsung CP1395EST User Manual page 53

Samsung microwave oven user manual
Hide thumbs Also See for CP1395EST:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Memanas semula
Ketuhar gelombang mikro anda akan memanas semula makanan dalam masa
yang sangat singkat berbanding dengan masa biasa yang diambil oleh hob
ketuhar konvensional.
Gunakan aras kuasa dan masa memanas semula di dalam carta berikut sebagai
panduan. Masa-masa di dalam carta mengambil kira cecair dengan suhu bilik
sekitar +18 hingga +20 °C atau makanan dingin dengan suhu sekitar +5 hingga
+7°C.
Mengatur dan menutup
Elakkan memanaskan makanan besar seperti sepotong daging – ia selalunya
menjadi terlampau masak dan kering sebelum bahagian tengahnya menjadi
panas menggelegak. Memanaskan semula kepingan-kepingan kecil memberikan
hasil yang lebih baik.
Aras kuasa dan mengacau
Sesetengah makanan boleh dipanaskan semula menggunakan kuasa 900 W
sementara yang lain pula harus dipanaskan semula menggunakan 750 W, 600
W, 450 W atau malah 300 W. Umumnya, adalah lebih baik anda memanaskan
semula makanan menggunakan aras kuasa yang lebih rendah, jika makanan itu
tidak terlalu berperisa, banyak, atau jika besar kemungkinannya ia sangat cepat
menjadi panas (pai daging kisar, contohnya).
Kacau rata atau balikkan makanan semasa memanaskan semula bagi hasil yang
terbaik. Jika boleh, kacau sekali lagi sebelum menghidangkan.
Anda harus amat berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan bayi.
Untuk mencegah didihan cecair yang membuak-buak dan kemungkinan
berlakunya lecur, kacau sebelum, semasa dan selepas memanaskan. Biarkan ia
di dalam ketuhar gelombang mikro semasa masa biar. Kami mengesyorkan anda
meletakkan sudu plastik atau batang kaca ke dalam cecair itu. Elakkan terlalu
lama memanaskan (dan oleh itu merosakkan) makanan.
Adalah lebih baik anda menganggar kurang masa memasak dan menambah
masa memanas, jika perlu.
Memanaskan dan masa biar
Apabila memanaskan semula makanan buat pertama kalinya, sebaiknya anda
membuat catatan tentang masa yang diambil – untuk dirujuk pada masa
hadapan.
Sentiasa pastikan bahawa makanan yang dipanaskan semula panas
menggelegak keseluruhannya.
Biarkan makanan itu buat seketika selepas memanaskan semula – supaya
suhunya menjadi seimbang. Masa biar yang disarankan selepas memanaskan
semula ialah 2-4 minit, kecuali masa yang lain disyorkan di dalam carta.
Anda harus amat berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan bayi.
Lihat juga bab mengenai langkah-langkah keselamatan.
penggunaan ketuhar _53
CP1395EST_XSP_DE68-03885E_MA.indb 53
2011-08-02
8:23:01

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Cp1395e

Table of Contents