Samsung CP1395EST User Manual page 6

Samsung microwave oven user manual
Hide thumbs Also See for CP1395EST:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Alat ini bukan untuk digunakan oleh orang-orang (termasuk kanak-kanak) yang mempunyai keupayaan
fizikal, sensori atau mental yang kurang, atau tidak berpengalaman dan berpengetahuan, kecuali mereka
telah diberikan penyeliaan atau arahan tentang penggunaan alat ini oleh orang yang bertanggungjawab
bagi keselamatan mereka.
- Ini boleh menyebabkan kejutan elektrik, luka kebakaran atau kecederaan.
Jangan sesekali gunakan periuk serba guna dalam ketuhar gelombang mikro atau fungsi cair beku.
- Ini boleh menyebabkan bunga api atau kebakaran.
Jangan sekali-kali gunakan alat ini untuk tujuan-tujuan lain daripada memasak.
- Ini boleh menyebabkan kebakaran.
Buka bekas yang dikedap (botol bayi, botol susu, dll) dan buat satu lubang dalam bahan makanan seperti
kulit atau kacang (telur, buah berangan, dll) dengan pisau, sebelum memasaknya.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kebakaran atau kecederaan disebabkan bahan
makanan yang pecah.
Jangan sentuh bahagian dalam alat ini sebaik sahaja tamat memasak kerana bahagian dalam alat ini
panas selepas dipanaskan bagi masa yang lama atau memanaskan makanan yang sedikit.
- Ini boleh menyebabkan luka terbakar.
Jangan gunakan kerajang aluminium, benda logam (seperti bekas, garpu, dll) atau bekas yang mempunyai
kemasan emas atau perak.
- Ini boleh menyebabkan bunga api atau kebakaran.
Jangan panaskan bekas plastik atau kertas dan jangan gunakannya dengan fungsi ketuhar.
- Ini boleh menyebabkan kebakaran.
Berhati-hati agar makanan tidak bersentuh dengan pemanas semasa memamask makanan dengan ketuhar.
- Ini boleh menyebabkan kebakaran.
Jangan panaskan makanan secara berlebihan.
- Ini boleh menyebabkan kebakaran.
Jangan panaskan makanan yang dibungkus dengan kertas seperti majalah atau surat khabar.
- Ini boleh menyebabkan kebakaran.
Jangan gunakan atau letakkan semburan atau benda mudah terbakar berdekatan dengan ketuhar.
- Ini boleh menyebabkan kebakaran atau letupan.
Jangan buka pintu apabila makanan di dalam petak memasak sedang terbakar.
- Jika anda membuka pintu, aliran masuk oksigen berlaku dan ini boleh menyebabkan kebakaran.
Jangan masukkan jejari, bahan asing atau benda logam seperti pin atau jarum ke dalam salur masuk,
salur keluar dan lubang. Jika benda asing dimasukkan ke dalam sebarang lubang ini, cabut palam kuasa
dari soket dinding dan hubungi pembekal produk anda atau pusat perkhidmatan yang terdekat dengan
anda.
- Ini boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kecederaan.
JANGAN SEKALI-KALI mengisi bekas sehingga penuh dan pilih bekas yang bahagian atasnya lebih luas
daripada bahagian bawahnya untuk mencegah cecair daripada mendidih keluar. Botol berleher sempit
juga boleh meletup jika terlampau panas.
JANGAN SEKALI-KALI memanaskan botol bayi dengan putingnya terpasang, kerana botol boleh meletup
jika terlampau panas.
JANGAN sentuh elemen-elemen pemanas atau dinding dalaman ketuhar sehingga ketuhar telah sejuk.
Jangan rendam kabel kuasa atau palam di dalam air dan jauhkan kabel kuasa dari permukaan yang panas.
Jangan kendalikan peralatan ini jika kabel kuasa atau palamnya rosak.
6_ maklumat keselamatan
CP1395EST_XSP_DE68-03885E_MA.indb 6
2011-08-02
8:22:37

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Cp1395e

Table of Contents