Bosch MCM3501MGB Instruction Manual page 19

Hide thumbs Also See for MCM3501MGB:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms
Pembersihan dan servis 
Rajah F menunjukkan nilai panduan untuk 
kuantiti maksimum dan masa pemprosesan 
semasa bekerja dengan pemotong 
universal.
Rajah E
  ■ Letakkan jag pemotong universal ke 
bawah dengan bukaan menghadap ke 
atas.
  ■ Tambah makanan, yang hendak 
dipotong, ke dalam jag. Perhatikan tanda 
MAX pada jag!
  ■ Letakkan pengedap pada sisipan 
bilah. Pastikan pengedap berada pada 
kedudukan yang betul.
Maklumat penting
Jika pengedap rosak atau tidak diletakkan 
dengan betul, cecair boleh mengalir keluar.
  ■ Masukkan sisipan bilah (p/q) ke 
dalam jag pemotong universal dan kunci 
mengikut arah lawan jam (m).
  ■ Terbalikkan pemotong universal 
(sisipan bilah menghadap ke bawah).
  ■ Pasang pemotong universal (anak panah 
pada jag dengan bintik pada perkakas .) 
dan putar sepenuhnya mengikut arah 
pusingan jam (,).
  ■ Masukkan palam sesalur.
  ■ Setkan suis putar pada pengesetan yang 
dikehendaki.
Perhatian: Lebih lama perkakas 
dihidupkan, lebih halus bahan dipotong. 
Cadangan untuk menggunakan aksesori 
boleh didapati di bahagian "Resipi/Bahan/
Pemprosesan".
Selepas menggunakan perkakas
  ■ Setkan suis putar kepada f.
  ■ Cabut palam sesalur.
  ■ Putar pemotong universal mengikut arah 
lawan jam dan tanggalkannya.
  ■ Terbalikkan pemotong universal 
(sisipan bilah menghadap ke atas).
  ■ Longgarkan sisipan bilah mengikut arah 
jam (l) dan tanggalkannya dari jag 
pemotong universal.
  ■ Kosongkan jag.
  ■ Bersihkan semua bahagian, lihat 
"Pembersihan dan servis".
18 
Pembersihan dan servis
Perkakas tidak memerlukan 
penyelenggaraan. Pembasuhan rapi 
melindungi perkakas daripada kerosakan
dan memastikan fungsinya.
Gambaran keseluruhan membersihkan 
bahagian-bahagian berasingan boleh 
didapati dalam rajah G.
W Risiko kejutan elektrik!
Jangan sekali-kali merendam unit asas 
dalam air atau meletakkannya di bawah air 
yang mengalir.
Amaran!
Permukaan mungkin rosak. Jangan 
gunakan agen pembersih yang melelas.
Perhatian: Jika memproses lobak merah 
dan kubis merah misalnya, bahagian plastik 
berubah warna dengan saput merah, ini 
boleh dihilangkan dengan beberapa titis 
minyak masak.
Membersihkan unit asas
  ■ Cabut palam sesalur.
  ■ Lapkan unit asas dengan kain lembap. 
Jika perlu, gunakan sedikit detergen.
  ■ Kemudian keringkan unit asas.
Membersihkan mangkuk dan
aksesori
W Risiko kecederaan daripada bilah
tajam!
Jangan menyentuh mata bilah pemotong 
universal dengan tangan terdedah. 
Bersihkannya dengan berus. Apabila tidak 
digunakan, sentiasa simpan bilah universal 
dalam adang bilah. Jangan menggenggam 
bilah tajam atau pinggir cakera pemotong. 
Pegang cakera pada pinggirnya sahaja! 
Pegang cakera pencincang pada pinggir 
atau menggunakan plastik sahaja!
Semua bahagian adalah kalis pembasuh 
pinggan mangkuk. Jangan menyendal 
bahagian plastik dalam pembasuh pinggan 
mangkuk kerana ia boleh meleding.

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Msm6b150gbMcm3 gb series

Table of Contents