ms
Pengendalian
Cakera hiris boleh terbalik –
tebal/nipis
Untuk menghiris buah-buahan dan
sayur-sayuran. Proses pada pengesetan 1.
Pengenalpastian pada cakera hiris boleh
terbalik:
"grob" untuk sisi pemotongan tebal,
"fein" untuk sisi pemotongan nipis
Amaran!
Cakera hiris boleh terbalik tidak sesuai
untuk menghiris keju keras, roti, rol atau
coklat. Hiris kentang rebus yang berlilin
hanya apabila ia telah sejuk.
Cakera mayang boleh terbalik –
kasar/halus
untuk memayang sayur-sayuran,
buah-buahan, keju, kecuali keju keras
(misalnya Parmesan).
Proses pada pengesetan 1.
Penentuan pada cakera mayaang boleh
terbalik:
"2" untuk sisi mayang kasar
"4" untuk sisi mayang halus
Amaran!
Cakera mayang boleh terbalik tidak sesuai
untuk memayang kekacang. Mayang keju
lembut dengan sisi kasar hanya pada
pengesetan 2.
Cakera hiris/mayang boleh
terbalik
untuk menghiris dan memayang
buah-buahan, sayur-sayuran dan keju.
Proses pada pengesetan 2.
Nota: Jangan memproses item-item
makanan keras dengan cakera pemotong/
pengisar, kerana ia akan menyebabkan
pisau tumpul. Untuk itu, gunakan cakera
pemotong (tebal/nipis).
Rajah C
■ Pasang mangkuk (anak panah pada
mangkuk berada pada titik pada
perkakas .) dan putar setakat mana yang
boleh mengikut arah pusingan jam (,).
■ Masukkan pemegang alat ke dalam
mangkuk.
16
Bergantung pada penggunaan yang
diperlukan:
■ Tempatkan cakera pemotong pada
pemegang alat. Pusingkan sisi cakera
hiris/cakera mayang yang dikehendaki
menghadap ke atas. Tempatkan cakera
pada pemegang cakera supaya pemacu
pada pemegang alat mencengkam
bukaan dalam cakera.
■ Pasang tudung dengan penolak
(padankan anak panah pada tudung
dengan bintik pada mangkuk .) dan
putar mengikut arah pusingan jam (,).
Cuping tudung mesti terletak sepenuhnya
dalam lubang alur dalam pemegang
mangkuk.
■ Masukkan palam sesalur.
■ Setkan suis putar pada pengesetan yang
dikehendaki.
■ Isi kandungan yang hendak dihiris atau
dimayang.
■ Apabila menambah kandungan yang
hendak dihiris atau dimayang, hanya
kenakan tekanan ringan kepada penolak.
Keluarkan penolak dan tambah bahan
melalui tiub suapan.
Amaran!
Kosongkan mangkuk sebelum ia menjadi
terlampau penuh sehinggakan kandungan
yang dipotong atau diparut sampai ke
cakera pembawa.
Selepas menggunakan perkakas
■ Setkan suis putar kepada P.
■ Cabut palam sesalur.
■ Putar tudung dalam arah lawan jam dan
tanggalkannya.
■ Tanggalkan alat:
Keluarkan pemegang alat bersama-
sama dengan bilah universal, cakera
pemukul atau cangkuk uli dari mangkuk.
Tanggalkan perkakas dari pemegang
perkakas.
■ Keluarkan cakera pemotong pada stad
plastik di tengah-tengah. Keluarkan
pemegang alat dari mangkuk.
■ Putar mangkuk mengikut arah lawan jam
dan tanggalkannya.
■ Bersihkan semua bahagian, lihat
"Pembersihan dan servis".