ms
Untuk keselamatan anda
Untuk keselamatan anda
Sebelum penggunaan, sila baca arahan ini dengan teliti untuk
membiasakan diri dengan arahan penting tentang keselamatan
dan pengendalian perkakas ini. Jika arahan bagi penggunaan
perkakas yang betul tidak dipatuhi, liabiliti pengeluar bagi apa-apa
kerosakan yang terjadi akan dikecualikan.
Mesin ini hanya sesuai untuk pengunaan persendirian rumah
tangga dan di sekitar rumah. Penggunaan bukan perindustrian
termasuklah umpamanya penggunaan dalam dapur pekerja di
kedai, pejabat, pertanian dan perniagaan komersial yang lain,
dan juga digunakan oleh tetamu di rumah penginapan, hotel kecil
dan tempat kediaman yang serupa. Penggunaan perkakas untuk
memproses kuantiti makanan yang biasa untuk kegunaan domestik;
lihat bahagian "Contoh resipi". Perkakas ini sesuai untuk mengadun,
menguli, memukul, memotong dan memayang makanan.
Penggunaan lain boleh dilakukan jika aksesori yang diluluskan oleh
pengeluar digunakan. Ia tidak boleh digunakan untuk memproses
objek atau bahan yang lain. Gunakan perkakas dengan aksesori
asal sahaja.
Sila simpan Arahan pengendalian di tempat yang selamat.
Jika menyerahkan perkakas kepada pihak ketiga, jangan lupa
memasukkan arahan Pengendalian sekali.
Gunakan peralatan ini hanya di dalam bangunan pada suhu bilik
dan ketinggian sehingga 2000 m di atas paras laut.
Arahan keselamatan am
W Risiko kejutan elektrik
Perkakas tidak harus digunakan oleh kanak-kanak. Perkakas
dan kord kuasa mesti dijauhkan daripada kanak-kanak. Perkakas
boleh digunakan oleh orang yang kurang keupayaan fizikal, deria
atau mental atau kurang berpengalaman dan pengetahuan jika
mereka telah diberi penyeliaan atau arahan berkenaan penggunaan
perkakas dengan cara yang selamat dan jika mereka memahami
bahaya yang terlibat. Kanak-kanak tidak harus bermain dengan
perkakas. Sambung dan kendalikan perkakas hanya mengikut
spesifikasi pada plat kadaran. Jangan menggunakan perkakas jika
kord kuasa dan/atau perkakas telah rosak. Sebelum menggantikan
aksesori atau alat ganti tambahan, yang bergerak semasa operasi,
matikan perkakas dan putuskan sambungan bekalan kuasa.
Sentiasa cabut palam perkakas dari bekalan jika ia ditinggalkan
tanpa dijaga dan sebelum memasang, menyahpasang atau
membersihkannya. Jangan meletakkan kord kuasa pada pinggir
yang tajam atau permukaan yang panas.
12