Download Print this page

Midea MCH-90J82 User Manual page 9

Advertisement

Available languages

Available languages

PENYELENGGARAN
MEMBUKA PANEL
Tolak panel terlebih dahulu, lepas itu tarik panel untuk
membukanya.
Bersihkan bahagian luar dengan kain sedikit lembap dan
detergen bersifat neutral. Bersihkan bahagian dalam menggu-
nakan kain sedikit lembap dan detergen bersifat neutral;
jangan gunakan kain basah atau span, atau pancutan air;
jangan gunakan bahan yang melelas.
PENAPIS MINYAK
MEMBERSIHKAN PENAPIS MINYAK LOGAM DENGAN SOKONGAN KENDIRI
Penapis ini mesti dibersihkan setiap 2 bulan, atau lebih kerap untuk
penggunaan yang kerap, dan boleh dicuci dalam mesin basuh
pinggan mangkuk.
Tarik panel pintar untuk membukanya.
Tanggalkan penapis satu demi satu dengan menariknya menghala
ke arah bahagian belakang unit hud dan menarik ke bawah secara
serentak.
Elakkan daripada membengkokkan penapis dengan apa jua cara
ketika mencucinya. Sebelum dipasang kembali pada hud, pastikan ia
telah kering dengan sepenuhnya. (Warna permukaan penapis
mungkin berubah dari semasa ke semasa tetapi ini tidak akan
menjejaskan kecekapan penapis).
Apabila memasang penapis pada hud, sila pastikan ia dipasang pada
kedudukan yang betul dengan pemegangnya menghadap ke luar.
Tutup semula panel pintar.
PENAPIS ARANG DIAKTIFKAN (VERSI PEREDARAN SEMULA)
Penapis-penapis ini tidak boleh dicuci dan tidak boleh dijana semula. Ia mesti ditukar ganti
kira-kira setiap 4 bulan, atau lebih kerap untuk penggunaan yang kerap.
MENGGANTIKAN PENAPIS ARANG DIAKTIFKAN
● Buka panel pintar dengan menariknya ke bawah.
Tanggalkan penapis minyak logam.
Tanggalkan penapis arang diaktifkan yang kotor.
Pasangkan penapis baru.
Pasang semula penapis minyak logam.
Tutup panel pintar.
FIX
REMOVE
MA-9
REMOVE
FIX

Advertisement

loading