Download Print this page

Midea MCH-90J82 User Manual page 2

Advertisement

Available languages

Available languages

Connect the extractor to the exhaust fl
CADANGAN-CADANGAN
Arahan Penggunaan ini sesuai untuk sesetengah versi perkakas ini. Oleh itu, anda mungkin menemui huraian
mengenai ciri-ciri tertentu yang tidak sesuai untuk perkakas anda.
PEMASANGAN
Pengilang tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan yang disebabkan
oleh pemasangan yang salah atau tidak betul.
Jarak keselamatan minimum di antara dapur gas dengan hud penyedut adalah 650 mm
(sesetengah model boleh dipasang pada ketinggian yang lebih rendah, sila rujuk kepada
bahagian berkenaan dimensi kerja dan pemasangan).
Periksa voltan sesalur kuasa sama ada sepadan dengan voltan yang dinyatakan pada
plat kadaran yang ada pada bahagian dalam hud.
Untuk perkakas Kelas I, sila periksa bekalan kuasa domestik bagi memastikan
pembumian yang lengkap.
Sambungkan penyedut asap pada serombong ekzos melalui paip dengan diameter
minimum 120mm. Laluan serombong hendaklah seberapa pendek yang mungkin.
Jangan sambungkan hud penyedut pada saluran ekzos yang membawa asap
pembakaran (dandang, pendiangan dan sebagainya).
Jika penyedut asap digunakan serentak dengan perkakas bukan elektrik (contohnya
peralatan pembakaran gas), sila pastikan darjah pengudaraan yang mencukupi di dalam
bilik bagi mengelakkan aliran kembali gas buangan. Dapur mesti mempunyai bukaan
terdedah secara langsung kepada udara luaran bagi memastikan aliran masuk udara
yang bersih.
Apabila hud dapur ini digunakan serentak dengan peralatan yang dibekalkan dengan
tenaga yang selain daripada elektrik, tekanan negatif di dalam bilik tidak boleh melebihi
0,04 mbar bagi mengelakkan asap disedut kembali ke dalam bilik oleh hud dapur.
Jika kabel kuasa rosak, ia mesti diganti oleh pengilang atau oleh bahagian khidmat
teknikal bagi mengelakkan sebarang risiko.
Jika arahan pemasangan untuk dapur gas menetapkan jarak yang lebih besar daripada
yang dinyatakan di atas, arahan tersebut perlu dipertimbangkan. Peraturan mengenai
pelepasan udara mesti dipenuhi.
PENGGUNAAN
Hud penyedut ini direka khas untuk kegunaan domestik bagi menghilangkan bau di dapur.
Jangan sesekali menggunakan hud dapur ini untuk tujuan selain daripada yang direka cipta.
Jangan sesekali biarkan nyalaan api tinggi terbakar secara terbuka di bawah hud
dapur apabila ia sedang beroperasi.
Selaraskan kepadatan api supaya berkumpul pada bahagian bawah periuk sahaja,
dan pastikan ia tidak menyelubungi sisi periuk.
Periuk penggoreng mesti dipantau secara berterusan semasa penggunaan: minyak
yang terlalu panas boleh meletup dan mengeluarkan api.
Jangan nyalakan api di bawah hud dapur bagi mengelakkan risiko kebakaran.
Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas dan orang-orang yang kurang upaya fizikal, deria
atau mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika mereka telah diberi pengawasan atau arahan mengenai cara
penggunaan perkakas ini dengan cara yang selamat dan memahami tentang kebahayaan yang mungkin berlaku.
Kanak-kanak harus diawasi bagi memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
Kerja pembersihan dan penyelenggaraan tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak jika tanpa pengawasan.
AWAS
"
": Bahagian boleh dicapai mungkin menjadi panas apabila digunakan dengan peralatan memasak.
PENYELENGGARAAN
Matikan suis atau cabut plag perkakas dari bekalan kuasa sebelum menjalankan sebarang
kerja penyelenggaraan.
Bersihkan dan / atau gantikan Penapis selepas tempoh tertentu (Bahaya Kebakaran).
Bersihkan hud menggunakan kain sedikit lembap dan detergen cecair bersifat neutral.
Perkakas ini sesuai digunakan untuk maksimum 4 elemen hob.
Simbol
ini pada bungkusan menunjukkan bahawa produk ini tidak boleh dilupuskan
sebagai sisa buangan isi rumah. Sebaliknya, ia harus diserahkan kepada tempat
pengumpulan yang sesuai untuk kitar semula peralatan elektrik dan elektronik. Dengan
memastikan produk ini dilupuskan dengan betul, anda turut membantu dalam mencegah
kemungkinan berlakunya kesan negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia, yang
mana mungkin berpunca daripada pengendalian sisa buangan produk ini yang tidak betul.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai kitar semula produk ini, sila hubungi pejabat
perbandaran tempatan anda, perkhidmatan pelupusan sisa buangan isi rumah anda atau
kedai di mana anda membeli produk.
MA-2

Advertisement

loading