Husqvarna 120 Operator's Manual page 193

Hide thumbs Also See for 120:
Table of Contents

Advertisement

4. Pastikan bahawa suis mula/henti berfungsi dengan
betul dan tidak rosak.
5. Pastikan tiada minyak pada pemegang.
6. Pastikan sistem penyerap getaran berfungsi dengan
betul dan tidak rosak.
7. Pastikan peredam dipasang dengan betul dan tidak
rosak.
8. Pastikan bahawa semua alat ganti produk dipasang
dengan betul dan tidak rosak atau hilang.
9. Pastikan penangkap rantai dipasangkan dengan
betul.
10. Lakukan pemeriksaan ketegangan rantai gergaji.
(Rajah 36)
Bahan api
Produk ini mengandungi enjin dua lejang.
AWAS: Jenis bahan api yang tidak betul
boleh mengakibatkan kerosakan enjin.
Gunakan campuran gasolin dan minyak dua
lejang.
Bahan api pracampur
Gunakan Husqvarna bahan api alkilat pracampur
berkualiti tinggi untuk prestasi terbaik dan
memanjangkan hayat enjin. Bahan api ini
mengandungi bahan kimia yang kurang berbahaya
berbanding bahan api biasa, yang mengurangkan
asap ekzos yang berbahaya. Kuantiti bahan sisa
selepas pembakaran akan berkurangan dengan
bahan api ini yang membuatkan komponen enjin
lebih bersih.
Untuk mencampurkan bahan api
Gasolin
Gunakan gasolin tanpa plumbum berkualiti baik
dengan maksimum 10% kandungan etanol.
AWAS: Jangan gunakan gasolin dengan
gred oktana kurang daripada 90 RON/87
AKI. Penggunaan gred oktana yang
lebih rendah boleh menyebabkan
ketukan enjin, yang boleh menyebabkan
kerosakan enjin.
Kami syorkan agar yang anda menggunakan gasolin
dengan gred oktana lebih tinggi untuk jenis kerja
dengan rpm yang sentiasa tinggi.
Minyak dua lejang
Untuk hasil dan prestasi terbaik, gunakan minyak
dua lejang Husqvarna.
Jika minyak dua lejang Husqvarna tidak tersedia,
gunakan minyak dua lejang berkualiti baik untuk
enjin dingin udara. Rujuk wakil penjual servis
tentang pemilihan minyak yang betul.
930 - 003 - 06.03.2019
AWAS: Jangan gunakan minyak dua
lejang untuk enjin sangkut dingin air,
juga dikenali sebagai minyak sangkut.
Jangan gunakan minyak untuk enjin
empat lejang.
Untuk mencampurkan gasolin dan minyak dua lejang
Gasolin, liter
5
10
15
20
AWAS: Ralat kecil boleh mempengaruhi
nisbah campuran secara ketara apabila
anda mencampurkan bahan api dalam
bilangan yang kecil. Ukur kuantiti minyak
dengan teliti dan pastikan anda
mendapatkan campuran yang betul.
(Rajah 37)
1. Isikan setengah kuantiti gasolin dalam bekas yang
bersih untuk bahan api.
2. Tambahkan kuantiti penuh bagi minyak.
3. Goncang campuran bahan api.
4. Tambahkan baki kuantiti bagi gasolin ke dalam
bekas.
5. Goncang campuran bahan api dengan berhati-hati.
AWAS: Jangan menggoncang bahan api
lebih daripada 1 bulan sekali.
Untuk mengisi tangki bahan api
1. Bersihkan kawasan di sekitar penutup tangki bahan
api. (Rajah 38)
2. Goncang bekas dan pastikan bahan api
dicampurkan dengan sebati.
3. Ketatkan penutup tangki bahan api dengan cermat.
4. Alihkan produk sekurang-kurangnya 3 m (10 kaki)
atau lebih dari kawasan pengisian semula dan
sumber bahan api sebelum bermula.
Nota: Untuk mengetahui kedudukan tangki bahan api
pada produk anda, rujuk
pada halaman 187 .
Minyak dua le-
jang, liter
2% (50:1)
0.10
0.20
0.30
0.40
Gambaran keseluruhan produk
193

Hide quick links:

Advertisement

Chapters

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

125130

Table of Contents