Husqvarna 120 Operator's Manual page 190

Hide thumbs Also See for 120:
Table of Contents

Advertisement

perlu berbincang dengan pakar sebelum
meneruskan. Jangan ragu-ragu untuk menghubungi
pembekal anda atau Husqvarna jika anda
mempunyai sebarang soalan tentang penggunaan
produk tersebut. Kami sedia berkhidmat dan
memberi anda nasihat dan juga pertolongan untuk
membantu anda menggunakan produk tersebut
dengan efisien dan selamat. Hadiri latihan
menggunakan gergaji rantai jika boleh. Pengedar
anda, institusi perhutanan atau perpustakaan boleh
memberikan maklumat tentang bahan latihan dan
kursus yang tersedia.
(Rajah 21)
Kelengkapan pelindung peribadi
AMARAN: Baca arahan amaran berikut
sebelum anda menggunakan produk ini.
(Rajah 22)
Kebanyakan kemalangan gergaji rantai berlaku
ketika rantai gergaji terkena pengendali. Anda mesti
menggunakan kelengkapan pelindung peribadi yang
diluluskan semasa mengendalikannya. Kelengkapan
pelindung peribadi tidak akan memberi anda
perlindungan penuh daripada kecederaan tetapi
dapat mengurangkan tahap kecederaan jika
kemalangan berlaku. Rujuk kepada penjual servis
anda untuk syor kelengkapan yang sesuai
digunakan.
Pakaian anda mestilah tidak longgar tetapi tidak
menyekat pergerakan anda. Lakukan pemeriksaan
keadaan kelengkapan pelindung peribadi dengan
kerap.
Gunakan topi keledar pelindung yang diluluskan.
Gunakan pelindung telinga yang diluluskan.
Pendedahan jangka masa panjang kepada hingar
boleh mengakibatkan gangguan pendengaran
secara kekal.
Gunakan pakai cermin mata pelindung atau visor
muka untuk mengurangkan risiko kecederaan
daripada objek terpelanting. Produk boleh
membaling objek seperti serpihan kayu, kepingan
kayu yang kecil dan banyak lagi dengan daya yang
besar. Ini boleh menyebabkan kecederaan serius
khususnya pada mata.
Gunakan sarung tangan dengan pelindung gergaji.
Gunakan seluar panjang dengan pelindung gergaji.
Gunakan but dengan pelindung gergaji, penutup jari
keluli dan tapak tidak gelincir.
Pastikan anda membawa bersama kit pertolongan
cemas.
Risiko percikan. Pastikan alat pemadam api dan
penyodok berada di berdekatan untuk mencegah
kebakaran hutan.
190
Peranti keselamatan pada produk
AMARAN: Baca arahan amaran berikut
sebelum anda menggunakan produk ini.
Jangan gunakan produk dengan peralatan
keselamatan yang rosak.
Lakukan pemeriksaan peralatan kecemasan secara
Penyelenggaraan dan pemeriksaan
kerap. Rujuk
peranti keselamatan pada produk pada halaman
200 .
Jika peranti keselamatan rosak, hubungi wakil
penjual servis Husqvarna anda.
Brek rantai dan pelindung tangan hadapan
Produk anda mengandungi brek rantai yang akan
menghentikan rantai gergaji jika berlaku lantunan. Brek
rantai mengurangkan risiko kemalangan tetapi hanya
anda yang boleh mencegahnya.
Brek rantai akan terpasang (A) secara manual melalui
tangan kiri anda atau secara automatik melalui
mekanisme pelepas inersia. Gerakkan pelindung tangan
hadapan (B) ke hadapan untuk memasangkan brek
rantai secara manual.
(Rajah 23)
Tarik pelindung tangan hadapan ke arah belakang untuk
melepaskan brek rantai.
(Rajah 24)
Penyekat picu pendikit
Penyekat picu pendikit direka mencegah pengendalian
picu pendikit tanpa sengaja. Jika anda meletakkan
tangan anda di sekeliling pemegang dan menekan
penyekat picu pendikit (A), ia akan melepaskan picu
pendikit (B). Jika anda melepaskan pemegang, picu
pendikit dan penyekat picu pendikit akan bergerak
kembali ke kedudukan asalnya. Fungsi ini mengunci
picu pendikit pada kelajuan melahu.
(Rajah 25)
Penangkap rantai
Penangkap rantai memerangkap rantai gergaji jika ia
patah atau tertanggal. Betulkan ketegangan rantai
gergaji dan penyelenggaraan yang telah dibuat dengan
betul pada rantai gergaji dan bar panduan akan
mengurangkan risiko kemalangan.
(Rajah 26)
Pelindung tangan kanan
Pelindung tangan kanan melindungi tangan anda pada
pemegang belakang. Pelindung tangan kanan memberi
anda perlindungan jika rantai gergaji terputus atau
tertanggal. Pelindung tangan kanan juga melindungi
anda daripada dahan atau ranting.
930 - 003 - 06.03.2019

Hide quick links:

Advertisement

Chapters

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

125130

Table of Contents