Husqvarna 120 Operator's Manual page 188

Hide thumbs Also See for 120:
Table of Contents

Advertisement

(Rajah 8)
Amaran! Lantunan boleh berlaku apabila
hujung bar panduan menyentuh objek.
Lantunan boleh menyebabkan gerak balas
songsang sepantas kilat yang menendang
bar panduan ke atas dan ke arah
pengendali. Boleh menyebabkan
kecederaan serius.
(Rajah 9)
Produk ini mematuhi arahan EC yang
terpakai.
(Rajah 10) Pengeluaran hingar pada persekitaran
mematuhi Arahan EC yang terpakai.
Pengeluaran hingar produk dinyatakan
Data teknikal pada halaman 207 dan
dalam
pada label.
(Rajah 11) Brek rantai, dipasangkan (kanan). Brek
rantai, dilepaskan (kiri).
Takrifan keselamatan
Amaran, awasan dan nota digunakan untuk
menunjukkan bahagian yang amat penting dalam
manual.
AMARAN: Digunakan jika terdapat risiko
kecederaan atau kematian kepada
pengendali atau orang sekeliling jika arahan
dalam manual tidak dipatuhi.
AWAS: Digunakan jika terdapat kerosakan
kepada produk, bahan lain atau kawasan
berhampiran jika arahan dalam manual tidak
dipatuhi.
Nota: Digunakan untuk memberikan maklumat lanjut
yang perlu dalam situasi tertentu.
Arahan keselamatan umum
AMARAN: Baca arahan amaran berikut
sebelum anda menggunakan produk ini.
Gergaji rantai merupakan alat yang berbahaya jika
digunakan dengan cuai atau salah dan boleh
mengakibatkan kecederaan serius atau kematian.
Anda mesti membaca dan memahami isi kandungan
manual pengendali ini.
Reka bentuk produk tidak boleh diubah suai sama
sekali tanpa keizinan pengilang. Jangan gunakan
produk yang kelihatan telah diubah suai oleh orang
lain dan hanya gunakan aksesori yang disyorkan
untuk produk ini. Pengubahsuaian dan/atau aksesori
yang tidak dibenarkan boleh menyebabkan
kecederaan diri yang serius atau kematian
pengendali atau orang lain.
188
(Rajah 12) Pencekik.
(Rajah 13) Mentol singkir udara.
(Rajah 14) Bahan api.
(Rajah 15) Minyak rantai.
yyyywwxxx
x
Nota: Simbol/pelekat lain pada produk merujuk kepada
keperluan pensijilan untuk sesetengah pasaran.
Keselamatan
Bahagian dalam peredam bunyi mengandungi
bahan kimia yang boleh menyebabkan penyakit
barah. Elakkan daripada terkena bahan-bahan ini
jika peredam bunyi rosak.
Penyedutan jangka panjang asap ekzos enjin, wap
minyak rantai dan habuk gergaji boleh
membahayakan kesihatan.
Produk ini menghasilkan medan elektromagnet
semasa pengendalian. Medan ini mungkin
mengganggu implan perubatan aktif atau pasif
dalam keadaan tertentu. Untuk mengurangkan risiko
kecederaan serius atau maut, kami mengesyorkan
mereka yang menggunakan implan perubatan untuk
mendapatkan nasihat doktor dan pengilang implan
itu sebelum mengendalikan produk ini.
Maklumat dalam manual pengendali ini tidak sekali-
kali dapat menggantikan kemahiran dan
pengalaman profesional. Jika anda menghadapi
keadaan yang mendatangkan rasa tidak selamat,
berhenti dan dapatkan nasihat pakar. Hubungi
pengedar servis anda atau pengguna gergaji rantai
yang berpengalaman. Jangan cuba melakukan
sebarang tugas yang anda tidak pasti!
Arahan keselamatan untuk
pengendalian
Sebelum menggunakan produk, anda mesti
memahami kesan lantunan mesin dan cara
menghindarinya. Rujuk
halaman 194 untuk arahan.
Jangan gunakan produk yang rosak.
Jangan gunakan produk dengan kerosakan ketara
pada penutup palam pencucuh dan kabel
Plat penarafan menunjukkan nombor siri.
yyyy ialah tahun pengeluaran, ww ialah
minggu pengeluaran.
AMARAN: Baca arahan amaran berikut
sebelum anda menggunakan produk ini.
Maklumat lantunan pada
930 - 003 - 06.03.2019

Hide quick links:

Advertisement

Chapters

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

125130

Table of Contents