Penyelesaian Masalah - Briggs & Stratton 080000 Operator's Manual

Hide thumbs Also See for 080000:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Penapis Udara Kertas
Lihat Rajah: 18 
1.
Buka penutup (B, Rajah 18). 
2.
Keluarkan penapis (C, Rajah 18). 
3.
Tanggalkan prapembersih (E, Rajah 18) daripada penapis, jika dilengkapi. Untuk
meleraikan sampah, ketuk penapis dengan perlahan pada permukaan yang keras.
Jika penapis terlalu kotor, gantikan dengan penapis baharu. 
4.
Basuh prapembersih dalam cecair pencuci dan air. Biarkan prapembersih benar-
benar kering. Jangan tambah minyak pada prapembersih. 
5.
Pasang prapembersih yang kering pada penapis, jika dilengkapi. 
6.
Pasang penapis (C, Rajah 18). 
7.
Tutup penutup (B, Rajah 18). 
Perkhidmatan Sistem Pendinginan
AMARAN
Enjin yang bergerak menghasilkan haba. Bahagian enjin, terutama peredam
bunyi, menjadi sangat panas.
Kebakaran terma yang teruk boleh berlaku apabila bersentuhan.
Puing mudah terbakar, contohnya daun-daun, rumput, berus, dsb boleh
mencipta kebakaran.
• Biarkan peredam bunyi, silinder enjin dan sirip sejuk sebelum menyentuhnya.
• Buang puing yang terkumpul daripada kawasan peredam bunyi dan kawasan
silinder.
NOTIS
Jangan gunakan air untuk membersihkan enjin. Air boleh mencemarkan
sistem bahan api. Gunakan berus atau kain yang kering untuk membersihkan enjin.
Ini ialah enjin dingin udara. Kotoran atau puing boleh menghalang aliran udara dan
mengakibatkanenjin terlebih panas, menyebabkan prestasi buruk dan mengurangkan
jangka hayat enjin.
1.
Gunakan berus atau kain kering untuk membuang puing dari jerejak pengambilan
udara.
2.
Pastikan penghubung, spring dan kawalan bersih.
3.
Pastikan kawasan sekitar dan belakang peredam bunyi, jika dipasang, bebas
daripada sebarang puing mudah terbakar.
4.
Pastikan minyak sirip pendingin, jika dipasang, bebas dari kotoran dan puing.
Selepas satu tempoh, puing boleh terkumpul di dalam silinder sirip pendingin dan
mengakibatkan enjin menjadi terlalu panas. Puing ini tidak boleh dibuang tanpa
penyahimpun separa enjin. Biarkan Ejen Servis Bertauliah Briggs & Stratton memeriksa
dan membersihkan sistem pendingin udara sebagaimana disyorkan di dalam Jadual
Penyenggaraan.
Penyimpanan
AMARAN
Bahan api dan wapnya amat mudah terbakar dan mudah meletup.
Kebakaran atau letupan boleh menyebabkan luka terbakar teruk atau kematian.
Apabila Menyimpan Bahan Api Atau Peralatan Dengan Bahan Api Dalam Tangki
• Simpan jauh dari relau, dapur, pemanas air, atau perkakasan lain yang
mempunyai api pandu atau sumber pencucuhan lain sebab ia boleh mencucuh
wap bahan api.
Sistem Bahan Api
Lihat Rajah: 19, 20 
Nota: Sesetengah model mempunyai tangki bahan api untuk penyimpanan menegak
yang membolehkan enjin dicondongkan untuk penyenggaraan atau penyimpanan (C,
Rajah 19). Jangan simpan dalam kedudukan menegak dengan tangki bahan api diisi
melebihi bahagian bawah penunjuk aras bahan api (D), jika dilengkapi. Untuk arahan
yang lebih lanjut, sila lihat manual peralatan.
Kekalkan paras enjin (kedudukan operasi biasa). Isi tangki bahan api (A, Rajah 20)
dengan bahan api. Bagi membolehkan pengembangan bahan api, jangan terlebih isi
sehingga bahagian leher tangki bahan api (B). 
Bahan api boleh menjadi tidak elok apabila disimpan dalam bekas penyimpanan
selama lebih daripada 30 hari. Setiap kali anda mengisi bekas dengan bahan api,
tambahkan penstabil bahan api kepada bahan api sebagaimana yang dinyatakan dalam
arahan pengilang. Ini memastikan bahan api segar dan mengurangkan masalah yang
berkaitan dengan bahan api atau pencemaran dalam sistem bahan api.
Bahan api tidak perlu disalirkan daripada enjin apabila penstabil bahan api ditambahkan
mengikut arahan. Sebelum penyimpanan, HIDUPKAN enjin selama 2 minit untuk
mengalirkan bahan api dan penstabil ke seluruh sistem bahan api.
Minyak Enjin
Semasa enjin masih panas, tukar minyak enjin. Lihat bahagian Tukar Minyak . Untuk
Just Check & Add™ (Hanya Periksa & Tambah) models tidak perlu ditukar minyaknya.

Penyelesaian Masalah

Untuk bantuan, hubungi wakil penjual tempatan anda atau pergi ke
BRIGGSandSTRATTON.com atau hubungi 1-800-233-3723 (di AS).
Spesifikasi
Model: 80000 
Sesaran 
Gerek 
Lejang 
Kapasiti Minyak 
Jarak Palam Pencucuh 
Kilas Palam Pencucuh 
Sela Udara Armatur 
Kelegaan Injap Pengambilan 
Kelegaan Injap Ekzos 
Model: 90000 
Sesaran 
Gerek 
Lejang 
Kapasiti Minyak 
Jarak Palam Pencucuh 
Kilas Palam Pencucuh 
Sela Udara Armatur 
Kelegaan Injap Pengambilan 
Kelegaan Injap Ekzos 
Model: 093J00 
Sesaran 
Gerek 
Lejang 
Kapasiti Minyak 
Jarak Palam Pencucuh 
Kilas Palam Pencucuh 
Sela Udara Armatur 
Kelegaan Injap Pengambilan 
Kelegaan Injap Ekzos 
Model: 100000 
Sesaran 
Gerek 
Lejang 
Kapasiti Minyak 
Jarak Palam Pencucuh 
Kilas Palam Pencucuh 
Sela Udara Armatur 
Kelegaan Injap Pengambilan 
Kelegaan Injap Ekzos 
 Kuasa enjin akan berkurangan 3.5% bagi setiap 1,000 kaki (300 meter) di atas paras
laut dan 1% bagi setiap 10°F (5.6°C) di atas 77°F (25° C). Enjin akan beroperasi dengan
 7.63 ci (125 cc) 
 2.362 in (60 mm) 
 1.75 in (44,45 mm) 
 15 oz (,44 L) 
 .020 in (,51 mm) 
 180 lb-in (20 Nm) 
 .006 - .014 in (,15 - ,36 mm) 
 .004 - .008 in (,10 - ,20 mm) 
 .004 - .008 in (,10 - ,20 mm) 
 8.64 ci (140 cc) 
 2.495 in (63,4 mm) 
 1.75 in (44,45 mm) 
 15 oz (,44 L) 
 .020 in (,51 mm) 
 180 lb-in (20 Nm) 
 .006 - .014 in (,15 - ,36 mm) 
 .004 - .008 in (,10 - ,20 mm) 
 .004 - .008 in (,10 - ,20 mm) 
 9.15 ci (150 cc) 
 2.583 in (65,60 mm) 
 1.75 in (44,45 mm) 
 15 oz (,44 L) 
 .020 in (,51 mm) 
 180 lb-in (20 Nm) 
 .006 - .014 in (,15 - ,36 mm) 
 .004 - .008 in (,10 - ,20 mm) 
 .004 - .008 in (,10 - ,20 mm) 
 9.93 ci (163 cc) 
 2.688 in (68,28 mm) 
 1.75 in (44,45 mm) 
 15 oz (,44 L) 
 .030 in (,76 mm) 
 180 lb-in (20 Nm) 
 .006 - .014 in (,15 - ,36 mm) 
 .004 - .008 in (,10 - ,20 mm) 
 .004 - .008 in (,10 - ,20 mm) 
45

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

090000093j00100000

Table of Contents