Penyelesaian Masalah - Briggs & Stratton 90000 Operator's Manual

With dov
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
5.
Tahan talian bahan api (D, Rajah 15) dengan pengapit (C) seperti yang ditunjukkan.
Perkhidmatan Sistem Pendinginan
AMARAN
Enjin yang bergerak menghasilkan haba. Bahagian enjin, terutama peredam bunyi,
menjadi sangat panas.
Kebakaran terma yang teruk boleh berlaku apabila bersentuhan.
Puing mudah terbakar, contohnya daun-daun, rumput, berus, dsb boleh mencipta
kebakaran.
Biarkan peredam bunyi, silinder enjin dan sirip sejuk sebelum menyentuhnya.
Buang puing yang terkumpul daripada kawasan peredam bunyi dan kawasan silinder.
NOTIS
Jangan gunakan air untuk membersihkan enjin. Air boleh mencemarkan sistem
bahan api. Gunakan berus atau kain yang kering untuk membersihkan enjin.
Ini ialah enjin dingin udara. Kotoran atau puing boleh menghalang aliran udara dan
mengakibatkanenjin terlebih panas, menyebabkan prestasi buruk dan mengurangkan
jangka hayat enjin.
1.
Gunakan berus atau kain kering untuk membuang puing dari jerejak pengambilan
udara.
2.
Pastikan penghubung, spring dan kawalan bersih.
3.
Pastikan kawasan sekitar dan belakang peredam bunyi, jika dipasang, bebas daripada
sebarang puing mudah terbakar.
4.
Pastikan minyak sirip pendingin, jika dipasang, bebas dari kotoran dan puing.
Selepas satu tempoh, puing boleh terkumpul di dalam silinder sirip pendingin dan
mengakibatkan enjin menjadi terlalu panas. Puing ini tidak boleh dibuang tanpa
penyahimpun separa enjin. Biarkan Ejen Servis Bertauliah Briggs & Stratton memeriksa
dan membersihkan sistem pendingin udara sebagaimana disyorkan di dalam Jadual
Penyenggaraan.
Penyimpanan
AMARAN
Bahan api dan wapnya amat mudah terbakar dan mudah meletup.
Kebakaran atau letupan boleh menyebabkan luka terbakar teruk atau kematian.
Apabila Menyimpan Bahan Api Atau Peralatan Dengan Bahan Api Dalam Tangki
Simpan jauh dari relau, dapur, pemanas air, atau perkakasan lain yang mempunyai
lampu utama atau sumber pencucuhan lain sebab ia boleh mencucuh wap bahan
api.
Sistem Bahan Api
Lihat Rajah: 16
Kekalkan paras enjin (kedudukan operasi biasa). Penuhkan tangki bahan api (A, Gambar
Rajah 16) dengan bahan api. Bagi membolehkan pengembangan bahan api, jangan terlebih
isi sehingga bahagian leher tangki bahan api (B).
Bahan api boleh menjadi tidak segar apabila disimpan lebih daripada 30 hari. Bahan api
yang tidak segar menyebabkan deposit asid dan mendapan gam terbentuk dalam sistem
bahan api atau di bahagian penting karburetor. Untuk kekalkan segar, gunakan Formula
Maju Rawatan & Penstabil Bahan Api Briggs & Stratton, yang boleh didapati apabila
bahagian servis tulen Briggs & Stratton dijual.
Tidak ada keperluan untuk mengeluarkan gasolin dari enjin jika penstabil bahan api
ditambah mengikut arahan. Jalankan enjin selama dua (2) minit untuk mengedarkan
penstabil ke seluruh sistem bahan api sebelum penyimpanan.
Jika gasolin dalam enjin belum dirawat dengan penstabil bahan api, ia mesti dikeringkan
ke dalam bekas yang diluluskan. Jalankan enjin sehingga ia berhenti akibat ketiadaan
bahan api. Penggunaan penstabil bahan api dalam bekas penyimpanan adalah disyorkan
untuk mengekalkan kesegarannya.
Minyak Enjin
Semasa enjin masih panas, tukar minyak enjin. Lihat bahagian Menukar Minyak Enjin
bahagian.

Penyelesaian Masalah

Untuk bantuan, hubungi wakil penjual tempatan anda atau pergi ke
BRIGGSandSTRATTON.com atau hubungi 1-800-233-3723 (di AS).
52
Spesifikasi
Model: 90000
Penggantian
Gerek
Lejang
Kapasiti Bahan api
Jarak Palam Pencucuh
Kilas Palam Pencucuh
Sela Udara Armatur
Kelegaan Injap Pengambilan
Kelegaan Injap Ekzos
Model: 100000
Penggantian
Gerek
Lejang
Kapasiti Bahan api
Jarak Palam Pencucuh
Kilas Palam Pencucuh
Sela Udara Armatur
Kelegaan Injap Pengambilan
Kelegaan Injap Ekzos
Kuasa enjin akan berkurangan 3.5% bagi setiap 1,000 kaki (300 meter) di atas paras laut
dan 1% bagi setiap 10° F (5.6° C) di atas 77° F (25° C). Enjin akan beroperasi dengan
memuaskan pada sudut sehingga 15°. Rujuk manual pengendali peralatan untuk had
selamat kendalian yang dibenarkan di lereng.
Servis Bahagian - Model: 90000, 100000
Servis Bahagian
Penapis Udara Plastik
Pra-pembersih Penapis Udara Plastik
Penapis Udara dan Pra-pembersih Logam
Pra-pembersih Penapis Udara Logam
Minyak - SAE 30
Rawatan & Penstabil Bahan Api Formula
Lanjutan
Penapis Bahan Api
Perintang Palam Pencucuh
Perengkuh Palam Pencucuh
Penguji Percikan Api
Kami mengesyorkan supaya anda berjumpa mana-mana Peniaga Berdaftar Briggs &
Stratton untuk semua kerja-kerja penyenggaraan dan servis enjin dan bahagian enjin.
Perkadaran Kuasa: Perkadaran kuasa kasar untuk model enjin gasolin individu dilabel
selaras dengan SAE (Persatuan Kejuruteraan Automatif) kod J1940 Kuasa Enjin Kecil &
Prosedur Perkadaran Kilas, dan dinilai selaras dengan SAE J1995. Nilai kilas diperoleh
pada 2600 RPM untuk enjin dengan "rpm" yang diletak pada label dan 3060 RPM untuk
semua yang lain; nilai kuasa kuda diperoleh pada 3600 RPM. Lengkung kuasa kasar boleh
dilihat di www.BRIGGSandSTRATTON.COM. Nilai kuasa bersih diambil dengan ekzos
dan pembersih udara terpasang manakala nilai kuasa kasar diperoleh tanpa lekapan ini.
Kuasa kasar sebenar enjin akan menjadi lebih tinggi daripada kuasa bersih enjin dan
dipengaruhi oleh, antara perkara lain, syarat pengendalian sekitar dan kebolehubahan
enjin ke enjin. Memandangkan jajaran luas produk di mana enjin diletakkan, enjin gasolin
mungkin tidak membentuk kuasa kasar yang dikadarkan apabila digunakan di dalam
peralatan kuasa yang diberikan. Perubahan ini adalah kerana pelbagai faktor termasuk,
tetapi tidak terhad kepada, kepelbagaian komponen enjin (pembersih udara, ekzos,
pengecas, penyejuk, karburetor, pam minyak, dsb.) batasan penggunaan, syarat
pengendalian sekitar, dan kebolehubahan enjin ke enjin. Disebabkan had-had pengeluaran
dan keupayaan, Briggs & Stratton mungkin menggantikan enjin bernilai kuasa lebih tinggi
dengan enjin ini.
8.53 ci (140 cc)
2.349 in (59,67 mm)
1.968 in (49,99 mm)
18 - 20 oz (,54 - ,59 L)
.020 in (,51 mm)
180 lb-in (20 Nm)
.006 - .014 in (,15 - ,36 mm)
.004 - .006 in (,10 - ,15 mm)
.014 - .016 in (,36 - ,41 mm)
9.82 ci (161 cc)
2.520 in (64,01 mm)
1.968 in (49,99 mm)
18 - 20 oz (,54 - ,59 L)
.020 in (,51 mm)
180 lb-in (20 Nm)
.006 - .014 in (,15 - ,36 mm)
.004 - .006 in (,10 - ,15 mm)
.014 - .016 in (,36 - ,41 mm)
Nombor Bahagian
792038
793676
590601
590602
100005
100117, 100120
298090, 5018
692051, 692720
89838, 5023
19368
BRIGGSandSTRATTON.com

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

100000150000210000200000 vanguard120000

Table of Contents