Download Print this page

Bahasa Melayu - Philips HD4690 Manual

Hide thumbs Also See for HD4690:

Advertisement

BAHASA MELAYU

10
Pendahuluan
Tahniah kerana menjadi pemilik cerek Philips baru! Dalam arahan penggunaan ini, anda akan
menemui semua maklumat yang anda perlukan untuk menikmati cerek anda selama masa yang
panjang sehingga ke tahap optimum.
Gambaran am (rajah 1)
A
Tudung
B
Butang pelepas tudung
C
Suis hidup/mati dengan loceng
D
Tapak
E
Pelilit kord
F
Gelang cahaya kuasa hidup
G
Plag sesalur
H
Penunjuk aras air
I
Muncung
J
Turas antikerak pembersihan tiga tindakan
Penting
Baca arahan penggunaan ini dengan teliti sebelum menggunakan perkakas dan simpankannya sebagai
rujukan masa depan.
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada tapak cerek sepadan dengan voltan sesalur
tempatan sebelum anda menyambungkan perkakas.
Gunakan cerek hanya dengan tapaknya yang asal.
Letakkan cerek dan tapaknya di atas permukaan yang kering, rata dan stabil pada setiap masa.
Jauhkan perkakas dan kordnya daripada capaian kanak-kanak. Jangan biarkan kord sesalur
tergantung melepasi pinggir meja atau permukaan kerja. Kord yang berlebihan boleh disimpan
di dalam tapak perkakas.
Jauhkan kord, tapak dan perkakas daripada permukaan panas.
Jangan gunakan perkakas jika kord sesalur, plag, tapak atau perkakas itu sendiri rosak.
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan hanya oleh Philips, pusat servis yang disahkan oleh
Philips, atau orang dengan kelayakan seumpamanya, untuk mengelakkan bahaya.
Jangan tenggelamkan perkakas atau tapaknya ke dalam air atau cecair lain.
Cerek ini dimaksudkan hanya untuk mendidihkan air. Jangan gunakannya untuk memanaskan
sup atau cecair lain, mahupun makanan di dalam balang, botol atau tin.
Air yang sedang mendidih boleh mengakibatkan lecur yang parah. Berhati-hati semasa cerek
mengandungi air panas.
Jangan sekali-kali isikan cerek sehingga melebihi penunjuk paras maksimum. Jika cerek
terlebih diisi, air yang sedang mendidih mungkin terpancut keluar dari muncung lalu
menyebabkan kelecuran.
Jangan buka tudung semasa air sedang mendidih. Berhati-hati apabila membuka tudung
sejurus selepas air mendidih: stim yang keluar dari cerek sangat panas.
Elakkan daripada tersentuh jasad cerek, kerana bahagian ini menjadi sangat panas semasa
digunakan.
Angkat cerek hanya dengan memegang tangkainya.
Pastikan air di dalam cerek sentiasa sekurang-kurangnya melitupi dasar cerek untuk
mengelakkan cerek mendidih kering.
Sedikit pemeluwapan mungkin berlaku pada tapak cerek. Ini normal dan tidak bererti cerek
cacat.
Bergantung pada keliatan air di kawasan anda, bintik-bintik kecil mungkin muncul pada unsur
pemanas cerek apabila anda menggunakannya. Fenomena ini adalah hasil penimbunan kerak
pada unsur pemanas dan pada permukaan dalam cerek selepas beberapa lama. Semakin tinggi

Advertisement

loading