Download Print this page

Philips HD4690 Manual page 11

Hide thumbs Also See for HD4690:

Advertisement

keliatan air, semakin cepat kerak menimbun. Kerak boleh berlaku dalam warna-warna yang
berbeza. Walaupun kerak tidak berbahaya, terlalu banyak kerak boleh menjejaskan prestasi
cerek. Tanggalkan kerak secara kerap dengan mengikuti arahan yang diberikan dalam bab
'Menanggalkan kerak'.
Perlindungan terhadap pendidihan kering
Cerek ini dilengkapi perlindungan pendidihan kering. Peranti ini akan mematikan cerek secara
automatik jika ia dihidupkan dengan tidak sengaja apabila tiada air atau tidak cukup air di dalamnya.
Suis hidup/mati akan kekal dalam kedudukan 'ON', tetapi gelang cahaya kuasa hidup akan padam.
Setkan suis hidup/mati pada 'OFF' dan biarkan cerek selama 10 minit sehingga sejuk. Kemudian
angkat cerek dari tapaknya untuk mengesetkan semula perlindungan pendidihan kering. Cerek kini
sedia digunakan sekali lagi.
Sebelum kali pertama menggunakannya
1
Tanggalkan pelekat, jika ada, dari cerek atau tapaknya.
2
Letakkan tapak di atas permukan yang kering, stabil dan rata.
3
Anda boleh melaraskan panjang kord dengan memutarkan pelilit kord mengikut arah jam
untuk memendekkannya atau melawan arah jam untuk memanjangkannya (rajah 2).
Sebelum menggunakan cerek pada kali pertama:
4
Bilaskan cerek dengan air.
5
Isikan cerek dengan air sehingga paras maksimum dan biarkan ia mendidih sebanyak satu kali
(lihat 'Menggunakan perkakas').
6
Tuangkan keluar air panas dan bilaskan cerek sekali lagi.
Menggunakan perkakas
1
Buka tudung dengan menekan butang pelepas tudung (rajah 3).
2
Isikan cerek dengan air (rajah 4).
Anda boleh mengisi cerek sama ada menerusi mucungnya atau menerusi tudung yang dibuka.
3
Tutupkan tudungnya.
Pastikan tudung ditutup rapat untuk mengelakkan cerek mendidih kering.
4
Letakkan cerek di atas tapaknya.
5
Masukkan plag ke dalam soket dinding.
6
Setkan suis hidup/mati pada 'ON' (rajah 5).
Gelang cahaya kuasa hidup menyala dan cerek mula dipanaskan.
Cerek hidup secara automatik apabila air mencapai takat didih. Anda akan mendengar loceng
dan gelang cahaya akan padam.
Membersihkan dan menanggalkan kerak
Cabutkan plag perkakas setiap kali sebelum membersihkannya.
Jangan gunakan apa-apa agen pembersih yang melelas, penyental, dsb. untuk membersihkan cerek.
Jangan tenggelamkan cerek atau tapaknya ke dalam air.
BAHASA MELAYU
11

Advertisement

loading