Download Print this page

Bahasa Melayu - Philips HD4668 User Manual

Hide thumbs Also See for HD4668:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

BaHasa MElayu

Pengenalan
Tahniah kerana membeli cerek Philips ini! Dalam manual
pengguna ini, anda dapat mencari semua maklumat
yang anda perlukan untuk menikmati cerek anda secara
optimum buat tempoh masa yang panjang.
Perihalan umum (gamb. 1)
HD4668/HD4667:
A
Muncung tiga tindakan
B
Muncung
C
Penunjuk paras air
D Tapak
E
Tudung
F
Butang pelepas tudung
G
Suis hidup/mati (I/O)
HD4666/HD4665:
H
Muncung
I
Penuras kerak
J
Penunjuk paras air
K
Tapak
L
Tudung
M Suis hidup/mati (I/O)
N Lampu penghidup kuasa
Penting
Baca manual pengguna ini dengan berhati-hati sebelum
anda menggunakan perkakas dan simpannya untuk
rujukan masa depan.
Bahaya
-
Jangan tenggelamkan perkakas atau tapaknya ke
dalam air atau cecair lain.
Amaran
-
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada
perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
-
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur, tapak
atau perkakas itu sendiri rosak.
-
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips,
pusat servis yang dibenarkan oleh Philips atau pihak
yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
-
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang
berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan
perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan perkakas itu.
-
Jauhkan perkakas dan kordnya daripada capaian
kanak-kanak. Jangan biarkan kord sesalur tergantung
melepasi pinggir meja atau permukaan kerja. Kord
yang berlebihan boleh disimpan di dalam atau di
keliling tapak perkakas.
-
Air yang sedang mendidih boleh mengakibatkan lecur
yang parah. Berhati-hati semasa cerek mengandungi
air panas.
-
Jangan sekali-kali isikan cerek sehingga melebihi
penunjuk paras maksimum. Jika cerek terlebih diisi, air
yang sedang mendidih mungkin terpancut keluar dari
muncung dan menyebabkan kelecuran.
-
Jangan sentuh badan cerek semasa dan beberapa
ketika selepas menggunakannya, kerana ia sangat
panas. Sentiasa pegang cerek pada pemegangnya.
-
Jangan buka tudung semasa air sedang memanas atau
menggelegak. Berhati-hati apabila anda membuka
tudung sejurus selepas air telah mendidih: stim yang
keluar dari cerek sangat panas.
-
Hanya gunakan cerek dengan tapak asalnya.
-
Cerek didihan pantas ini boleh mengambil sehingga
13 amp dari bekalan kuasa di rumah anda. Pastikan
sistem elektrik di rumah anda dan litar yang
tersambung dengan cerek boleh menampung aras
penggunaan kuasa ini. Jangan biarkan terlalu banyak
perkakas lain mengambil kuasa dari litar yang sama
apabila cerek sedang digunakan.
Awas
-
Agar dapat mengelak bahaya yang disebabkan
penetapan semula tidak sengaja pematian terma,
perkakas ini tidak boleh dibekalkan melalui peranti
suis luar, seperti pemasa atau disambungkan ke litar
yang selalu dihidupkan dan dimatikan oleh utiliti.
4222.001.97243
-
Letakkan cerek dan tapaknya di atas permukaan yang
kering, rata dan stabil pada setiap masa.
-
Cerek ini dimaksudkan hanya untuk mendidihkan
air. Jangan gunakannya untuk memanaskan sup atau
cecair lain, atau pun makanan di dalam balang, botol
atau tin.
-
Jangan sekali-kali isikan cerek di bawah paras
minimum untuk mencegah cerek daripada
menggelegak kering.
-
Bergantung pada kesadahan air di kawasan anda,
bintik-bintik kecil mungkin muncul pada unsur
pemanas cerek anda apabila anda menggunakannya.
Fenomena ini adalah hasil penimbunan kerak pada
unsur pemanas dan pada permukaan dalam cerek
selepas beberapa lama. Semakin tinggi kesadahan
air, semakin cepat kerak menimbun. Kerak boleh
berlaku dalam warna-warna yang berbeza. Walaupun
kerak tidak berbahaya, terlalu banyak kerak boleh
menjejaskan prestasi cerek. Tanggalkan kerak secara
kerap dengan mengikuti arahan yang diberikan dalam
bab 'Membuang kerak'.
-
Sedikit pemeluwapan akan terjadi pada dasar cerek.
Ini adalah biasa dan tidak bermakna yang cerek
mempunyai apa-apa kecacatan.
Perlindungan masak-kering
Cerek ini dilengkapi dengan perlindungan masak-kering.
Alat ini mematikan cerek secara automatik sekiranya ia
secara tidak sengaja dihidupkan apabila tidak terdapat
air atau air tidak mencukupi di dalamnya. Suis hidup/
mati kekal pada kedudukan 'hidup' dan lampu di dalam
cerek (HD4668/HD4667) atau lampu kuasa hidup
(HD4666/HD4665) tetap menyala. Matikan cerek dan
biarkan ia menjadi sejuk selama 10 minit. Kemudian
angkat cerek dari tapaknya untuk menetapkan semula
perlindungan masak-kering. Cerek kini sedia digunakan
semula
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang
berhubung dengan medan elektromagnet (EMF). Jika
dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam
manual pengguna ini, perkakas selamat untuk digunakan
menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
sebelum penggunaan pertama
1
Tanggalkan pelekat, jika ada, dari cerek atau
tapaknya.
2
Letakkan tapak di atas permukan yang kering, stabil
dan rata.
3
Untuk melaraskan panjang kord lilitkan sebahagian
daripadanya di keliling gelendong pada tapak.
Susupkan kord melalui salah satu alur pada
tapak (Gamb. 2).
4
Bilas cerek dengan air.
5
Isikan cerek dengan air sehingga paras maksimum
dan biarkan air mendidih sekali (lihat 'Menggunakan
perkakas ini').
6
Tuangkan keluar air panas dan bilaskan cerek sekali
lagi.
Menggunakan perkakas
1
Isikan cerek dengan air sama ada melalui
muncungnya atau dengan membuka
tudungnya. (Gamb. 3)
-
HD4668/HD4667: Untuk membuka penutup. tekan
butang pelepas penutup (Gamb. 4).
-
Tutup penutup sebelum anda menghidupkan cerek.
Pastikan bahawa tudung ditutup dengan sempurna untuk
mengelakkan cerek dari mendidih hingga kering.
2
Letakkan cerek pada tapaknya, masukkan plag ke
dalam soket dinding dan tetapkan suis hidup/mati
kuasa pada 'I'. (Gamb. 5)
Cerek akan mula memanas.
,
Lampu dalam cerek (HD4668/HD4667) atau lampu
,
kuasa hidup (HD4666/HD4665) menyala.
Cerek mati secara automatik ('klik') apabila air
,
menggelegak.
Lampu dalam cerek (HD4668/HD4667) atau
,
lampu kuasa hidup (HD4666/HD4665) mati secara
automatik apabila cerek ] mati.
Anda boleh menghentikan proses mendidih dengan
,
menetapkan suis hidup/matikan pada 'O'.
Membersihkan dan menanggalkan kerak
Sentiasa cabut plag perkakas sebelum anda mula
membersihkannya.
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen
pembersih yang melelas atau cecair yang agresif seperti
petrol atau aseton untuk membersihkan perkakas.
Jangan tenggelamkan cerek atau tapaknya di dalam air.
Membersihkan cerek
1
Bersihkan bahagian luar cerek dengan kain lembut
yang dilembabkan dengan air suam dan sedikit
bahan pencuci lembut.
Membersihkan turas
Nota: Kerak tidak berbahaya kepada kesihatan anda tetapi
ia mungkin akan menyebabkan minuman anda berasa
tepung. Penapis tiga tindakan (HD4668/HD4667) atau
penuras kerak (HD4666/HD4665) akan menghalang
partikel kerak daripada memasuki minuman anda.
Bersihkan penuras dengan tetap.
Membersihkan penuras tiga tindakan
(HD4668/HD4667 sahaja)
Penuras tiga tindakan mempunyai jaringan yang menarik
kerak daripada air.
1
Angkart penuras keluar daripada cerek (Gamb. 6).
2
Luncurkan bakul keluar daripada penuras (Gamb. 7).
3
Angkat jaringan keluli tahan karat keluar daripada
bakul. (Gamb. 8)
4
Untuk membersihkan jaringan itu, picit dan
pusingkannya di bawah air paip yang mengalir.
5
Bersihkan turas dengan lembut menggunakan berus
nilon yang lembut.
Nota: Anda juga boleh meninggalkan penuras di dalam
cerek apabila anda membuang kerak dari seluruh perkakas
(lihat bahagian 'Membuang kerak cerek' dalam bab ini).
Nota: Anda juga boleh mengeluarkan turas dari cerek dan
membersihkannya dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
6
Pasang semula penuras dan luncurkannya masuk
kembali ke dalam cerek ('klik').
Membersihkan penuras kerak (HD4666/
HD4665 sahaja)
Terdapat tiga cara untuk membersihkan cerek:
1
Keluarkan penuras dari cerek dan beruskannya
perlahan-lahan menggunakan berus nilon lembut di
bawah air paip yang mengalir;
2
Biarkan penuras di dalam cerek apabila anda
membuang kerak dari seluruh perkakas (lihat seksyen
'Menanggalkan kerak cerek' dalam bab ini).
3
Keluarkan penuras daripada cerek dan bersihkannya
dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
Menanggalkan kerak cerek
Anda boleh memanjangkan usia cerek dengan
menanggalkan kerak secara tetap..
Dalam keadaan penggunaan biasa (sehingga 5 kali sehari),
kekerapan penanggalan kerak disyorkan seperti berikut:
-
Setiap tiga bulan sekali jika anda mengguna air lembut
(sehingga 18dH).
-
Sebulan sekali jika anda mengguna air sadah (lebih
daripada 18dH).
1
Isikan cerek dengan air sehingga tiga suku paras
maksimum dan didihkan air.
2
Selepas cerek dimatikan kuasa, tambahkan cuka
putih (asid asetik 8%) sehingga paras maksimum.
3
Biarkan larutan di dalam cerek semalaman.
4
Kosongkan cerek dan basuh bahagian dalam dengan
sebersih-bersihnya.
5
Isikan cerek dengan air bersih dan didihkan air itu.
6
Kosongkan cerek dan basuhkannya sekali lagi
dengan air bersih.
7
Ulangi prosedur jika masih ada kerak di dalam
cerek.
Nota: Anda juga boleh menggunakan penanggal kerak yang
bersesuaian. Jika demikian, ikuti arahan yang diberikan
bersama-sama penanggal kerak.
5/11

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Hd4666Hd4667Hd4665