Download Print this page

Bahasa Melayu - Philips HD4646 Manual

Hide thumbs Also See for HD4646:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Bahasa MElayu

Pengenalan
Tahniah atas pembelian cerek Philips ini! Dalam manual
pengguna ini, anda dapat mencari semua maklumat
yang anda perlukan untuk menikmati cerek anda secara
optimum buat tempoh masa yang panjang.
Perihalan umum (Gamb. 1)
A
Suis hidup/mati (I/O)
B
Tudung
C
Muncung
D
Penunjuk paras air
E
Tapak
F
Penuras kerak
Penting
Baca buku panduan pengguna ini dengan teliti sebelum
anda menggunakan perkakas dan simpannya untuk
rujukan masa depan.
Bahaya
-
Jangan tenggelamkan perkakas atau tapaknya ke
dalam air atau cecair lain.
amaran
-
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada
perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
-
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur, tapak
atau perkakas itu sendiri rosak.
-
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips,
pusat servis yang dibenarkan oleh Philips atau pihak
yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
-
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang
berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan
perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan perkakas itu.
-
Jauhkan perkakas dan kordnya daripada capaian
kanak-kanak. Jangan biarkan kord sesalur tergantung
melepasi pinggir meja atau permukaan kerja. Kord
yang berlebihan boleh disimpan di dalam atau di
keliling tapak perkakas.
-
Hanya gunakan cerek dengan tapak asalnya.
-
Air yang sedang mendidih boleh mengakibatkan lecur
yang parah. Berhati-hati semasa cerek mengandungi
air panas.
-
Jauhkan kord, tapak dan perkakas daripada
permukaan panas.
-
Jangan sekali-kali isikan cerek sehingga melebihi
penunjuk paras maksimum. Jika cerek terlebih diisi, air
yang sedang mendidih mungkin terpancut keluar dari
muncung dan menyebabkan kelecuran.
-
Jangan buka tudung semasa air sedang memanas.
Berhati-hati apabila anda membuka tudung sejurus
selepas air telah mendidih: stim yang keluar dari
cerek sangat panas.
awas
-
Jangan sentuh badan cerek semasa dan beberapa
ketika selepas menggunakannya, kerana ia sangat
panas. Sentiasa pegang cerek pada pemegangnya.
-
Letakkan cerek dan tapaknya di atas permukaan yang
kering, rata dan stabil pada setiap masa.
-
Cerek ini dimaksudkan hanya untuk mendidihkan
air. Jangan gunakannya untuk memanaskan sup atau
cecair lain, atau pun makanan di dalam balang, botol
atau tin.
-
Sentiasa pastikan air di dalam cerek menutupi
sekurang-kurangnya bahagian bawah cerek untuk
mengelakkan cerek daripda mengering.
-
Bergantung pada kesadahan air di kawasan anda,
bintik-bintik kecil mungkin muncul pada unsur
pemanas cerek anda apabila anda menggunakannya.
Fenomena ini adalah hasil penimbunan kerak pada
4222.001.9740.5
unsur pemanas dan pada permukaan dalam cerek
selepas beberapa lama. Semakin tinggi kesadahan
air, semakin cepat kerak menimbun. Kerak boleh
berlaku dalam warna-warna yang berbeza. Walaupun
kerak tidak berbahaya, terlalu banyak kerak boleh
menjejaskan prestasi cerek. Tanggalkan kerak secara
kerap dengan mengikuti arahan yang diberikan dalam
bab 'Membuang kerak'.
-
Sedikit pemeluwapan akan terjadi pada dasar cerek.
Ini adalah biasa dan tidak bermakna yang cerek
mempunyai apa-apa kecacatan.
Perlindungan masak-kering
Cerek ini dilengkapi perlindungan terhadap pendidihan
kering. Peranti ini akan mematikan cerek secara
automatik jika ia dihidupkan dengan tidak sengaja semasa
tiada air atau air tidak mencukupi di dalamnya. Suis
hidup/mati akan kekal pada kedudukan 'hidup'. Tetapkan
suis hidup/mati pada 'mati' dan biarkan cerek selama 10
minit sehingga sejuk. Kemudian angkat cerek dari tapaknya
untuk mengesetkan semula perlindungan terhadap
pendidihan kering. Cerek kini sedia digunakan semula.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang
berhubung dengan medan elektromagnet (EMF). Jika
dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam
manual pengguna ini, perkakas selamat untuk digunakan
menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
Sebelum penggunaan pertama
1
Tanggalkan pelekat, jika ada, dari cerek atau
tapaknya.
2
Letakkan tapak di atas permukan yang kering, stabil
dan rata.
3
Untuk melaraskan panjang kord, gulungkannya di
keliling gelendong dalam tapaknya.
4
Masukkan kord ke dalam salah satu dari slot pada
tapak.
5
Bilas cerek dengan air.
6
Isikan cerek dengan air sehingga paras maksimum
dan biarkan air mendidih sekali (lihat 'Menggunakan
perkakas ini').
7
Tuangkan keluar air panas dan bilaskan cerek sekali
lagi.
Menggunakan perkakas
1
Isikan cerek dengan air sama ada melalui
muncungnya atau dengan membuka
tudungnya (Gamb. 2).
2
Jika tudung dibuka, tutup tudung itu.
Pastikan bahawa tudung ditutup dengan sempurna untuk
mengelakkan cerek dari mendidih hingga kering.
3
Letakkan cerek di atas tapaknya dan masukkan plag
ke dalam soket dinding.
-
Tetapkan suis hidup/mati ke 'I' (Gamb. 3).
Cerek akan mula memanas.
,
Cerek akan mati secara automatik apabila air
,
mencapai takat didih.
Nota: Anda boleh mengganggu proses mendidih dengan
menekan suis hidup/mati pada 'O'.
Membersihkan dan menanggalkan kerak
Sentiasa cabut plag perkakas sebelum anda mula
membersihkannya.
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen
pembersih yang melelas atau cecair yang agresif seperti
petrol atau aseton untuk membersihkan perkakas.
Jangan tenggelamkan cerek atau tapaknya di dalam air.
Membersihkan cerek
1
Bersihkan bahagian luar cerek dengan kain lembut
yang dilembabkan dengan air suam dan sedikit
bahan pencuci lembut.
Membersihkan turas
Kerak tidak membahayakan kesihatan, tetapi ia mungkin
menyebabkan minuman anda terasa berserbuk. Turas
kerak mencegah zarah kerak daripada memasuki
minuman anda. Bersihkan turas kerak dengan kerap.
1
Keluarkan turas dari cerek (1) dan beruskannya
perlahan-lahan menggunakan berus nilon lembut di
bawah air yang mengalir (2) (Gamb. 4).
Nota: Biarkan turas di dalam cerek apabila anda membuang
kerak dari seluruh perkakas (lihat bahagian 'Membuang
kerak cerek' dalam bab ini).
Nota: Anda juga boleh mengeluarkan turas dari cerek dan
membersihkannya dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
Menanggalkan kerak cerek
Anda boleh memanjangkan usia cerek dengan sentiasa
menanggalkan kerak.
Dalam keadaan penggunaan biasa (sehingga 5 kali sehari),
kekerapan penanggalan kerak disyorkan seperti berikut:
-
Setiap tiga bulan sekali jika anda mengguna air lembut
(sehingga 18dH).
-
Sebulan sekali jika anda mengguna air sadah (lebih
daripada 18dH).
1
Isikan cerek dengan air sehingga tiga suku paras
maksimum dan didihkan air.
2
Selepas cerek dimatikan kuasa, tambahkan cuka
putih (asid asetik 8%) sehingga paras maksimum.
3
Biarkan larutan di dalam cerek semalaman.
4
Kosongkan cerek dan basuh bahagian dalam dengan
sebersih-bersihnya.
5
Isikan cerek dengan air bersih dan didihkan air itu.
6
Kosongkan cerek dan basuhkannya sekali lagi
dengan air bersih.
7
Ulangi prosedur jika masih ada kerak di dalam
cerek.
Nota: Anda juga boleh menggunakan penanggal kerak yang
bersesuaian. Jika demikian, ikuti arahan yang diberikan
bersama-sama penanggal kerak.
Penggantian
Jika cerek, tapak atau kord sesalur perkakas rosak, bawa
tapak atau cerek ke pusat servis yang disahkan oleh
Philips untuk dibaiki atau untuk digantikan kord agar
mengelakkan bahaya.
Anda boleh membeli turas baru dari wakil penjual
Philips atau di pusat penjagaan Philips. Jadual di bawah
menunjukkan turas mana yang sesuai untuk cerek anda.
Jenis cerek
Jenis turas
HD4646
HD4987
alam sekitar
Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada
,
akhir hayatnya, tetapi bawanya ke pusat pungutan
rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan
sedemikian anda akan membantu memelihara alam
sekitar (Gamb. 5).
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat
atau jika anda menghadapi masalah, sila lawati laman
web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat
Layanan Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh
mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan
sedunia). Jika tiada Pusat Layanan Pelanggan di negara
anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan anda.
4/11

Advertisement

loading