Download Print this page

Bahasa Melayu; Membersihkan Turas - Philips HD4682 Manual

Hide thumbs Also See for HD4682:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Bahasa MElayu

Pengenalan
Tahniah atas pembelian cerek Philips ini! Dalam manual
pengguna ini, anda boleh mendapatkan semua maklumat
yang anda perlukan untuk menikmati kelebihan cerek ini
secara optimum sepanjang masa.
Perihalan umum (gamb. 1)
1 uis Hidup/Mati (I/O)
2 Lampu kuasa, Loceng (HD4683, HD4682 and
HD4681 sahaja)
3 Tudung
4 Muncung
5 Penunjuk paras air
6 Tapak
7 Turas kerak dwitindakan
Penting
Baca manual pengguna ini dengan berhati-hati sebelum
anda menggunakan perkakas dan simpannya untuk
rujukan masa depan.
Bahaya
-
Jangan tenggelamkan perkakas atau tapaknya ke
dalam air atau cecair lain.
amaran
-
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada tapak
cerek sepadan dengan voltan sesalur tempatan
sebelum anda menyambungkan perkakas.
-
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur, tapak
atau perkakas itu sendiri rosak.
-
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips,
pusat servis yang dibenarkan oleh Philips atau pihak
yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
-
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang
berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan
perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan perkakas itu.
-
Jauhkan perkakas dan kordnya daripada capaian
kanak-kanak. Jangan biarkan kord sesalur tergantung
melepasi pinggir meja atau permukaan kerja. Kord
yang berlebihan boleh disimpan di dalam atau di
keliling tapak perkakas.
-
Hanya gunakan cerek dengan tapak asalnya.
-
Jauhkan kord, tapak dan perkakas daripada
permukaan panas.
-
Air yang sedang mendidih boleh mengakibatkan lecur
yang parah. Berhati-hati semasa cerek mengandungi
air panas.
-
Jangan sekali-kali isikan cerek sehingga melebihi
penunjuk paras maksimum. Jika cerek terlebih diisi, air
yang sedang mendidih mungkin terpancut keluar dari
muncung lalu menyebabkan kelecuran.
-
Jangan buka tudung semasa air sedang mendidih.
Berhati-hati apabila membuka tudung sejurus selepas
air mendidih: stim yang keluar dari cerek sangat panas.
awas
-
Letakkan cerek dan tapaknya di atas permukaan yang
kering, rata dan stabil pada setiap masa.
-
Cerek ini dimaksudkan hanya untuk mendidihkan
air. Jangan gunakannya untuk memanaskan sup atau
cecair lain, mahupun makanan di dalam balang, botol
atau tin.
-
Jangan sentuh badan cerek semasa dan beberapa
ketika selepas menggunakannya, kerana ia sangat
panas. Sentiasa pegang cerek pada pemegangnya.
-
Sentiasa pastikan air di dalam cerek menutupi
sekurang-kurangnya bahagian bawah cerek untuk
mengelakkan cerek daripda mengering.
-
Bergantung pada keliatan air di kawasan anda, bintik-
bintik kecil mungkin muncul pada unsur pemanas
cerek apabila anda menggunakannya. Fenomena ini
adalah hasil penimbunan kerak pada unsur pemanas
dan pada permukaan dalam cerek selepas beberapa
lama. Semakin tinggi keliatan air, semakin cepat kerak
menimbun. Kerak boleh berlaku dalam warna-warna
yang berbeza. Walaupun kerak tidak berbahaya,
terlalu banyak kerak boleh menjejaskan prestasi cerek.
Tanggalkan kerak secara kerap dengan mengikuti
arahan yang diberikan dalam bab 'Menanggalkan
kerak'.
4222.001.9825.4
Perlindungan masak-kering
Cerek ini dilengkapi pelindungan terhadap pendidihan
kering. Peranti ini akan mematikan cerek secara
automatik jika ia dihidupkan dengan tidak sengaja
semasa tiada air atau tidak cukup air di dalamnya. Suis
hidup/mati akan kekal pada kedudukan 'hidup' dan lampu
kuasa hidup, jika ada, akan tetap menyala. Tetapkan suis
hidup/mati pada 'mati' dan biarkan cerek selama 10 minit
sehingga sejuk. Kemudian angkat cerek dari tapaknya
untuk mengesetkan semula perlindungan terhadap
pendidihan kering. Cerek kini sedia digunakan semula.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang
berhubung dengan medan elektromagnet (EMF). Jika
dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam
manual pengguna ini, perkakas selamat untuk digunakan
menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
sebelum penggunaan pertama
1
Tanggalkan pelekat, jika ada, dari cerek atau
tapaknya.
2
Letakkan tapak di atas permukan yang kering, stabil
dan rata.
3
Laraskan panjang kord dengan melilitkannya di
keliling gelendong pada tapak. Susupkan kord
melalui salah satu alur pada tapak. (Gamb. 2)
4
Bilas cerek dengan air.
5
Isikan cerek dengan air paip sehingga paras MAX
dan biarkan ia mendidih sebanyak satu kali (lihat
'Menggunakan Perkakas').
6
Tuangkan keluar air panas dan bilaskan cerek sekali
lagi.
Menggunakan perkakas
1
Isikan cerek sama ada melalui muncungnya atau
dengan membuka penutupnya (Gamb. 3).
2
Jika tudungnya terbuka, tutupnya.
Pastikan bahawa tudung ditutup dengan sempurna untuk
mengelakkan cerek dari mendidih hingga kering.
3
Letakkan cerek di atas tapaknya dan masukkan plag
ke dalam dinding soket.
4
Tetapkan suis hidup/mati ke 'I' untuk menghidupkan
cerek (Gamb. 4).
Nota: Anda boleh mematikan cerek pada bila-bila masa
dengan menetapkan suis hidup/mati ke 'O'.
Cerek mula menjadi panas.
,
Cerek mematikan dirinya secara automatik apabila
,
air mencapai takat didih.
Membersihkan dan menanggalkan kerak
Sentiasa cabut plag perkakas sebelum anda mula
membersihkannya.
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen
pembersih yang melelas atau cecair yang agresif seperti
petrol atau aseton untuk membersihkan perkakas.
Jangan tenggelamkan cerek atau tapaknya di dalam air.
Membersihkan cerek
1
Bersihkan bahagian luar cerek dengan kain lembut
yang dilembabkan dengan air suam dan sedikit
bahan pencuci lembut.

Membersihkan turas

Kerak tidak membahayakan kesihatan, tetapi ia mungkin
menyebabkan minuman anda terasa berserbuk. Turas
kerak mencegah zarah kerak daripada memasuki
minuman anda. Bersihkan turas kerak dengan kerap.
1
Anda boleh membersihkan turas dengan tiga cara:
1
biarkan turas di dalam cerek apabila anda
menanggalkan kerak dari seluruh perkakas (lihat
seksyen 'Menanggalkan kerak cerek' dalam bab ini).
2
tanggalkan turas dari cerek dan bersihkan dengan
perlahan-lahan dengan berus nilon lembut di bawah
air pili (Gamb. 5).
3
tanggalkan turas dari cerek dan bersihkannya di dalam
mesin basuh pinggan mangkuk.
-
Untuk menanggalkan turas, tolak turas ke
belakang (1) dan kemudian angkatnya dari cerek
(2). (Gamb. 6)
2
Letakkan tuas kembali ke dalam cerek selepas
membersihkannya di bawah pilih atau di dalam
mesin basuh pinggan mangkuk. Luncurkan turas
di belakang pendakap (1) dan kemudian tolaknya
ke hadapan sehingga ia berdetap di tempatnya
(2) (Gamb. 7).
Menanggalkan kerak cerek
Anda boleh memanjangkan usia cerek dengan sentiasa
menanggalkan kerak.
Dalam keadaan penggunaan biasa (sehingga 5 kali sehari),
kekerapan penanggalan kerak disyorkan seperti berikut:
-
Sekali setiap 3 bulan bagi kawasan berair lembut
(sehingga 18 dH).
-
Sekali sebulan bagi kawasan berair liat (lebih daripada
18dH).
1
Isikan cerek dengan air sehingga tiga suku paras
MAX dan didihkan air.
2
Selepas cerek dimatikan kuasa, tambahkan cuka
putih (asid asetik 8%) sehingga paras maksimum.
3
Biarkan larutan di dalam cerek semalaman.
4
Kosongkan cerek dan basuh bahagian dalam dengan
sebersih-bersihnya.
5
Isikan cerek dengan air bersih dan didihkan air.
6
Kosongkan cerek dan bilaskannya sekali lagi dengan
air bersih.
Ulangi prosedur jika masih ada kerak di dalam
,
cerek.
Anda juga boleh menggunakan penanggal kerak yang
bersesuaian. Jika demikian, ikuti arahan yang diberikan
bersama-sama penanggal kerak.
Penggantian
Jika cerek, tapak atau kord sesalur perkakas rosak, bawa
tapak atau cerek ke pusat servis yang disahkan oleh
Philips untuk dibaiki atau untuk digantikan kord agar
mengelakkan bahaya.
Turas gantian bagi cerek anda boleh dibeli daripada wakil
pengedar Philips anda atau pusat servis Philips. Jadual
di bawah menunjukkan turas yang sesuai dengan cerek
elektrik anda.
Jenis cerek
HD4684 and HD4680
HD4683, HD4682 dan HD4681
alam sekitar
Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada
,
akhir hayatnya, tetapi bawanya ke pusat pungutan
rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan
sedemikian anda akan membantu memelihara alam
sekitar (Gamb. 8).
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi
masalah, sila kunjungi laman web Philips di www.philips.
com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips
di negara anda (anda boleh mendapatkan nombor
telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada
Pusat Layanan Pelanggan di negara anda, hubungi wakil
pengedar Philips tempatan atau Jabatan Servis Syarikat
Perkakas Domestik dan Penjagaan Diri Philips.
Jenis turas
HD4983
HD4984
4/7

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Hd4683Hd4684Hd4681Hd4680Cn-hd4680Hd4680/80 ... Show all