Download Print this page

Philips HD4690 Manual page 12

Hide thumbs Also See for HD4690:

Advertisement

BAHASA MELAYU
12
Membersihkan cerek
1
Bersihkan bahagian luar cerek dengan kain lembut yang dilembabkan dengan air suam dan
sedikit agen pencuci yang lembut.
Membersihkan turas
Kerak tidak memudaratkan kesihatan tetapi boleh memberi minuman anda rasa berserbuk. Turas
antikerak pembersihan tiga tindakan mencegah zarah kerak memasuki minuman anda dan dilengkapi
sirat yang menarik kerak dari air. Bersihkan turas antikerak dengan kerap.
Turas antikerak tiga tindakan boleh dibersihkan seperti yang berikut:
1
Keluarkan turas dari cerek (rajah 6).
2
Luncurkan bakul keluar dari turas dan tanggalkan sirat keluli tahan karat dari bakul (rajah 7).
3
Bersihkan sirat dengan memerahnya dan memutarkannya di bawah air pili (rajah 8).
4
Bersihkan turas perlahan-lahan menggunakan berus nilon yang lembut (rajah 9).
Anda juga boleh meninggalkan turas di dalam cerek semasa menyahkerakkan seluruh
perkakas (lihat 'Menanggalkan kerak cerek').
Anda juga boleh mengeluarkan turas dari cerek dan membersihkannya di dalam mesin
pencuci pinggan mangkuk.
5
Selepas membersihkan turas di bawah air pili atau di dalam mesin pencuci pinggan mangkuk,
masukkannya semula ke dalam cerek dengan meluncurkannya ke belakang pendakap (rajah
10).
Menanggalkan kerak cerek
Penanggalan kerak dengan kerap boleh melanjutkan hayat guna cerek.
Dalam keadaan penggunaan biasa (sehingga 5 kali sehari), kekerapan penanggalan kerak disyorkan
seperti berikut:
-
Sekali setiap 3 bulan bagi kawasan berair lembut (sehingga 18 dH).
-
Sekali sebulan bagi kawasan berair liat (lebih daripada 18 dH).
1
Isikan cerek dengan air sehingga tiga suku paras maksimum dan didihkan air.
2
Selepas cerek dimatikan kuasa, tambahkan cuka putih (asid asetik 8%) sehingga paras
maksimum.
3
Biarkan larutan di dalam cerek semalaman.
4
Kosongkan cerek dan bilas bahagian dalamnya dengan sempurna.
5
Isikan cerek dengan air bersih dan didihkan air.
6
Kosongkan cerek dan bilaskannya sekali lagi dengan air bersih.
Ulangi tatacara ini jika masih terdapat kerak di dalam cerek.
Anda juga boleh menggunakan penanggal kerak yang bersesuaian. Jika demikian, ikuti arahan yang
diberikan bersama-sama penanggal kerak.
Menyimpan
Anda boleh menyimpan kord dengan mudah dengan memutarkan pelilit kord di dasar tapak
mengikut arah jam (rajah 11).

Advertisement

loading