Garis Panduan Untuk Penggunaan Selamat Dan Efisien - LG -P895 User Manual

Hide thumbs Also See for LG-P895:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan ini mungkin merbahaya
atau tidak sah.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR).
Telefon mudah alih model LG-P895 ini telah direka bentuk untuk mematuhi keperluan keselamatan
yang dikenakan bagi pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini adalah berdasarkan
garis panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang direka bentuk untuk memastikan
keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan kesihatan.
• Garis panduan pendedahan kepada gelombang radio menggunakan unit ukuran yang disebut
sebagai Kadar Penyerapan Khusus (SAR). Ujian bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang
dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada aras kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua
jalur frekuensi.
• Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model telefon LG, semuanya direka
bentuk untuk memenuhi garis panduan yang berkaitan bagi pendedahan kepada gelombang
radio.
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran Bukan Pengion
Antarabangsa (International Commission on Non-Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP) ialah 2 W/
kg dipuratakan ke atas 10g tisu.
• Nilai tertinggi SAR untuk telefon model ini diuji oleh DASY4 untuk kegunaan pada telinga ialah
0.284 W/kg (10g) dan apabila dipakai pada badan ialah 0.604 W/Kg (10g).
• Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila digunakan sama ada dalam
kedudukan penggunaan normal pada telinga atau apabila diletakkan pada jarak sekurang-
kurangnya 1.5 cm dari badan. Apabila bekas pembawa, klip tali pinggang atau pemegang
digunakan untuk pengendalian pemakaian pada badan, ia tidak sepatutnya mengandungi logam
dan perlu meletakkan produk pada jarak sekurang-kurangnya 1.5 cm dari badan anda. Untuk
memindahkan data fail dan mesej, peranti ini memerlukan sambungan berkualiti pada rangkaian.
Dalam beberapa kes, pemindahan fail data atau mesej mungkin ditangguhkan sehingga
sambungan tersebut tersedia. Pastikan arahan jarak pemisahan diikuti sehingga pemindahan
selesai.
Penjagaan dan penyelenggaraan produk
AMARAN
Hanya gunakan bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan untuk digunakan bersama
model tertentu telefon ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan sebarang
kelulusan atau waranti yang berkaitan dengan telefon, dan mungkin berbahaya.
• Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa ia kepada juruteknik servis yang layak jika kerja
pembaikan diperlukan.
5

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents