LG -P895 User Manual page 71

Hide thumbs Also See for LG-P895:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin mendapat gangguan, yang boleh menjejaskan prestasi.
• Jangan gunakan telefon mudah alih anda berhampiran kelengkapan perubatan tanpa meminta
kebenaran. Elakkan meletak telefon di atas perentak jantung, contohnya, di dalam poket dada
anda.
• Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin diganggu oleh telefon mudah alih.
• Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan TV, radio, PC, dsb.
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan telefon mudah alih di kawasan
tempat anda memandu.
• Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
• Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
• Pergi ke tepi jalan dan letak kereta sebelum membuat atau menjawab panggilan jika keadaan
pemanduan memerlukan anda berbuat demikian.
• Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah sistem elektronik di dalam kenderaan anda seperti
stereo kereta dan kelengkapan keselamatan.
• Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan halangnya dengan kelengkapan wayarles
yang dipasang atau yang mudah alih. Ia mungkin tidak berfungsi atau menyebabkan kecederaan
serius disebabkan prestasi yang tidak betul.
• Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan berjalan, sila pastikan bahawa volum berada
pada paras yang berpatutan agar anda sedar akan keadaan di sekeliling anda. Ini khususnya
amat penting jika anda berdekatan jalan raya.
Elakkan kerosakkan ke pendengaran anda
Untuk mencegah kerosakan pendengaran, jangan mendengar pada tahap kelantangan
yang tinggi untuk tempoh yang panjang
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika anda terdedah kepada bunyi yang kuat
untuk tempoh yang lama. Kami dengan ini mengesyorkan agar anda tidak menghidupkan atau
mematikan telefon mudah alih berhampiran dengan telinga anda. Kami juga mengesyorkan bahawa
volum muzik dan panggilan ditetapkan pada paras yang berpatutan.
• Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan volum jika anda tidak dapat mendengar orang yang
bercakap berdekatan dengan anda atau jika orang yang duduk di sebelah anda dapat mendengar
apa yang sedang anda dengar.
Tekanan bunyi yang melampau dari fon telinga dan fon kepala boleh
NOTA:
menyebabkan kehilangan pendengaran.
7

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents