LG -P895 User Manual page 72

Hide thumbs Also See for LG-P895:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Bahagian Kaca
Beberapa bahagian peranti mudah alih anda dibuat daripada kaca. Kaca ini akan retak atau pecah
jika telefon anda terjatuh ke atas permukaan yang keras atau menerima impak yang kuat. Jika
kacanya pecah, jangan sentuh atau cuba untuk menanggalkannya. Berhenti menggunakan peranti
mudah alih anda sehingga kaca diganti oleh pembekal khidmat yang diluluskan.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang dijalankan. Patuhi sekatan dan ikut sebarang
aturan dan peraturan.
Persekitaran boleh meletup
• Jangan gunakan telefon di tempat mengisi minyak.
• Jangan gunakan berhampiran bahan api atau bahan kimia.
• Jangan angkut atau simpan gas mudah terbakar, cecair atau bahan letupan di dalam ruang yang
sama dengan yang mengandungi telefon mudah alih anda dan aksesorinya.
Di dalam pesawat
Peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
• Matikan telefon mudah alih anda sebelum menaiki sebarang pesawat terbang.
• Jangan gunakannya apabila mendarat tanpa izin anak kapal.
Kanak-kanak
Simpan telefon di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak kecil. Ia termasuk bahagian
kecil yang boleh menyebabkan bahaya tercekik jika ia tertanggal.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia di bawah semua rangkaian mudah alih. Oleh itu,
anda tidak sepatutnya bergantung semata-mata kepada telefon anda untuk membuat panggilan
kecemasan. Semak dengan pembekal khidmat tempatan anda.
Maklumat dan penjagaan bateri
• Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecasnya semula. Tidak seperti
sistem bateri lain, tiada kesan memori yang boleh menjejaskan prestasi bateri.
• Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG direka bentuk untuk memaksimumkan
hayat bateri.
• Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan bateri.
• Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi prestasi yang boleh diterima. Pek bateri mungkin dicas
beratus kali sehingga ia perlu digantikan.
• Cas semula bateri jika ia tidak digunakan buat tempoh masa yang lama untuk memaksimumkan
kebolehgunaan.
8

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents