LG -P895 User Manual page 75

Hide thumbs Also See for LG-P895:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

3. Menggunakan folder
Anda boleh gabungkan beberapa ikon aplikasi ke dalam suatu folder. Lepaskan satu ikon aplikasi
ke atas yang satu lagi pada skrin utama, maka kedua-dua ikon ini akan bergabung.
4. Sebelum memasang aplikasi dan OS sumber terbuka
AMARAN
Jika anda memasang dan menggunakan OS selain daripada yang disediakan oleh
pengeluar, ini mungkin akan menyebabkan telefon anda gagal berfungsi. Di samping itu,
telefon anda tidak lagi dilindungi oleh waranti ini.
AMARAN
Untuk melindungi telefon dan data peribadi anda, hanya muat turun aplikasi daripada
sumber yang boleh dipercayai, seperti Play Store™. Jika terdapat aplikasi yang tidak
dipasang dengan betul pada telefon anda, telefon anda mungkin tidak akan berfungsi
dengan betul atau ralat yang serius mungkin berlaku. Anda hendaklah menyahpasang
aplikasi-aplikasi tersebut dan semua data dan tetapannya daripada telefon.
5. Menggunakan corak buka kunci
Tetapkan corak buka kunci untuk melindungi telefon anda. Sentuh
Skrin kunci dari PERANTI > Pilih skrin kunci > Corak.Ini membuka skrin yang membimbing anda
menerusi cara melukis corak buka kunci skrin. Anda hendaklah mencipta PIN Sandaran sebagai
langkah keselamatan jika anda terlupa corak kunci.
Amaran: Buka akaun Google sebelum menetapkan corak buka kunci dan ingat PIN
Sandaran yang anda cipta sewaktu mencipta Corak kunci.
AMARAN
Langkah berjaga-jaga semasa menggunakan kunci corak.
Mengingati corak buka kunci yang anda tetapkan amatlah penting. Anda tidak akan dapat
mengakses telefon anda jika anda menggunakan corak yang salah sebanyak 5 kali. Anda
mempunyai 5 peluang untuk memasukkan corak buka kunci, PIN atau kata laluan anda.
Jika anda telah menggunakan kesemua 5 peluang, anda boleh mencuba lagi selepas 30
saat.
Apabila anda tidak ingat Corak nyahkunci, PIN, atau Kata Laluan anda:
< Jika anda terlupa corak >
Jika anda log masuk ke akaun Google anda pada telefon tetapi gagal memasukkan corak yang
betul sebanyak 5 kali, ketik butang Terlupa corak pada bahagian bawah skrin. Anda kemudian akan
diminta untuk log masuk dengan akaun Google anda atau anda perlu masukkan PIN Sandaran yang
dimasukkan ketika mencipta Corak Kunci.
> tab Aplikasi > Tetapan >
11

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents