Kemas Kinian Perisian Telefon - LG -P895 User Manual

Hide thumbs Also See for LG-P895:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Kemas kinian perisian telefon

Kemas kinian perisian telefon mudah alih LG daripada internet
Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya tentang menggunakan fungsi ini, sila lawati http://
update.lgmobile.com atau http://www.lg.com/common/index.jsp pilih negara dan bahasa.
Ciri ini membolehkan anda mengemas kini peralatan tegar telefon anda kepada versi terkini
daripada internet dengan mudah tanpa perlu melawati pusat servis. Ciri ini tersedia hanya jika dan
apabila LG membuat versi lebih baru peralatan tegar yang tersedia bagi peranti anda.
Kerana program kemas kini perisian telefon bimbit memerlukan perhatian penuh pengguna
sepanjang tempoh proses kemas kini, sila pastikan anda memeriksa semua arahan dan nota yang
muncul pada setiap langkah sebelum meneruskannya. Sila ambil perhatian bahawa menanggalkan
kabel data USB semasa naik taraf boleh menyebabkan kerosakan teruk kepada telefon mudah alih
anda.
LG berhak membuatkan kemas kini peralatan tegar hanya tersedia bagi model
NOTA:
terpilih mengikut budi bicaranya sendiri dan ini tidak menjamin ketersediaan versi lebih
baru peralatan tegar bagi semua model telefon bimbit.
Kemas kinian Perisian Telefon Mudah Alih LG melalui teknologi Over-the-Air (OTA)
Ciri ini membolehkan anda mengemas kini perisian telefon anda kepada versi lebih baru dengan
mudah melalui OTA tanpa perlu menyambung kabel data USB. Ciri ini tersedia hanya jika dan
apabila LG membuat versi lebih baru peralatan tegar yang tersedia bagi peranti anda.
Pertama, anda dapat memeriksa versi perisian pada telefon mudah alih anda: Tetapan >
Mengenai telefon > Kemas kini perisian > Semak sekarang untuk kemas kinian.
Anda juga boleh menunda kemas kinian dalam masa 1 jam, 4 jam, 8 jam atau satu hari. Dalam kes
ini, aplikasi akan memberitahu anda untuk mengemas kini apabila tiba masanya. Anda juga boleh
mengatur semula kemas kini secara manual.
NOTA:
Data peribadi anda daripada storan telefon dalaman—termasuk maklumat
mengenai akaun Google anda atau akaun lain, data sistem/aplikasi dan tetapan
anda, sebarang aplikasi dimuat turun dan lesen DRM anda—mungkin hilang dalam
proses mengemas kini perisian telefon anda. Oleh itu, LG mengesyorkan yang anda
menyandarkan data peribadi anda sebelum mengemas kini perisian telefon anda. LG
tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data peribadi.
NOTA:
Ciri ini adalah bergantung kepada pembekal khidmat rangkaian, wilayah dan
negara anda.
63

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents