Menyambung Kepada Rangkaian Dan Peranti; Wi-Fi; Menyambung Ke Rangkaian Wi-Fi; Bluetooth - LG -P895 User Manual

Hide thumbs Also See for LG-P895:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Menyambung kepada Rangkaian dan Peranti

Wi-Fi

Dengan Wi-Fi, anda boleh menggunakan akses Internet kelajuan tinggi dalam liputan titik akses
wayarles WAP. Nikmati Internet wayarles menggunakan Wi-Fi, tanpa caj tambahan.

Menyambung ke rangkaian Wi-Fi

Untuk menggunakan Wi-Fi pada telefon anda, anda perlu mengakses titik akses wayarles
atau "hotspot". Sesetengah pusat akses adalah terbuka dan anda hanya perlu menyambung
padanya. Yang lain adalah tersembunyi atau menggunakan ciri keselamatan, jadi anda hendaklah
mengkonfigurasi telefon anda agar dapat menyambung kepadanya.
Matikan Wi-Fi apabila anda tidak menggunakannya, untuk melanjutkan hayat bateri anda.
NOTA:
Jika anda di luar zon Wi-Fi atau anda menetapkan Wi-Fi kepada OFF (MATI), caj
tambahan akan dikenakan oleh operator mudah alih anda bagi penggunaan data mudah
alih.
Menghidupkan Wi-Fi dan menyambung kepada rangkaian Wi-Fi
1
Sentuh
> tab Aplikasi > Tetapan > Wi-Fi daripada WAYARLES & RANGKAIAN
2
Tetapkan Wi-Fi kepada ON untuk hidupkannya dan mula mengimbas untuk rangkaian Wi-Fi
yang tersedia.
3
Ketik menu Wi-Fi sekali lagi untuk melihat senarai rangkaian Wi-Fi dalam lingkungan dan aktif.
• Rangkaian selamat ditandakan oleh ikon kunci.
4
Sentuh rangkaian untuk menyambung padanya.
• Jika rangkaian selamat, anda digesa untuk memasukkan kata laluan atau kelayakan lain.
(Tanyakan pentadbir rangkaian anda untuk mendapatkan butiran.)
5
Selepas bersambung dengan rangkaian Wi-Fi, bar status akan menunjukkan ikon yang
memberitahu status Wi-Fi.

Bluetooth

Anda boleh menggunakan Bluetooth untuk menghantar data dengan menjalankan aplikasi
berpadanan, bukan daripada menu Bluetooth seperti mana kebanyakan telefon mudah alih yang
lain.
PETUA!
Dengan LG-P895, anda boleh menikmati Bluetooth berkelajuan tinggi. Jika
peranti yang hendak anda kongsikan fail juga menyokong Bluetooth kelajuan tinggi,
fail akan dipindahkan secara automatik melalui rangkaian kelajuan tinggi. Untuk
menggunakan pemindahan data Bluetooth kelajuan tinggi, sila pastikan Wi-Fi adalah
OFF pada peranti anda sebelum digunakan. Tetapan bagi Bluetooth kelajuan tinggi
mungkin berbeza bergantung pada peranti. Sila semak tetapan peranti dengan penyedia
perkhidmatannya.
26

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents