Download Print this page

Garis Panduan Untuk Penggunaan Selamat Dan Efisien - LG G2 mini Quick Start Manual

Hide thumbs Also See for G2 mini:

Advertisement

Available languages

Available languages

Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak
mengikut garis panduan ini mungkin merbahaya
atau tidak sah.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan
Kadar Penyerapan Khusus (SAR).
Telefon bimbit model LG-D620k ini telah direka
bentuk untuk mematuhi keperluan keselamatan yang
dikenakan bagi pendedahan kepada gelombang
radio. Keperluan ini adalah berdasarkan garis
panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan
yang direka bentuk untuk memastikan keselamatan
semua orang tanpa mengira umur dan kesihatan.
• Garis panduan pendedahan kepada gelombang
radio menggunakan unit ukuran yang disebut
sebagai Kadar Penyerapan Khusus (SAR). Ujian
bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang
dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada
aras kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua
jalur frekuensi.
• Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR
pelbagai model telefon LG, semuanya direka
bentuk untuk memenuhi garis panduan yang
berkaitan bagi pendedahan kepada gelombang
radio.
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya
mengenai Perlindungan Sinaran Bukan Pengion
Antarabangsa (International Commission on Non-
Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP) ialah 2 W/
kg dipuratakan ke atas 10g tisu.
• Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon model ini
yang diuji untuk penggunaan telinga ialah 0.336
W/kg (10g) dan apabila dipakai pada badan ialah
0.332 W/kg (10g).
• Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan
RF apabila digunakan sama ada dalam kedudukan
5

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

D620k