Garis Panduan Untuk Penggunaan Selamat Dan Efisien - LG -P768e User Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

Sila baca garis panduan yang mudah ini.
Tidak mengikut garis panduan ini mungkin
merbahaya atau tidak sah.
Pendedahan kepada tenaga
frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada
gelombang radio dan Kadar Penyerapan
Khusus (SAR).
Telefon mudah alih model LG-P768e
ini telah direka bentuk untuk mematuhi
keperluan keselamatan yang dikenakan
bagi pendedahan kepada gelombang
radio. Keperluan ini adalah berdasarkan
garis panduan saintifik yang termasuk
margin keselamatan yang direka bentuk
untuk memastikan keselamatan semua
orang tanpa mengira umur dan kesihatan.
• Garis panduan pendedahan kepada
gelombang radio menggunakan unit
ukuran yang disebut sebagai Kadar
Penyerapan Khusus (SAR). Ujian
bagi SAR dijalankan menggunakan
kaedah yang dipiawaikan dengan
telefon memancarkan pada aras kuasa
diperakui yang tertinggi dalam semua
jalur frekuensi.
• Walaupun terdapat perbezaan antara
tahap SAR pelbagai model telefon
LG, semuanya direka bentuk untuk
4
memenuhi garis panduan yang
berkaitan bagi pendedahan kepada
gelombang radio.
• Had SAR yang disyorkan oleh
Suruhanjaya mengenai Perlindungan
Sinaran Bukan Pengion Antarabangsa
(International Commission on Non-
Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP)
ialah 2 W/kg dipuratakan ke atas 10g
tisu.
• Nilai tertinggi SAR untuk telefon model
ini diuji oleh DASY4 untuk kegunaan
pada telinga ialah 0.395 W/kg (10g)
dan apabila dipakai pada badan ialah
0.494 W/Kg (10g).
• Peranti ini memenuhi garis panduan
pendedahan RF apabila digunakan
sama ada dalam kedudukan
penggunaan normal pada telinga atau
apabila diletakkan pada jarak sekurang-
kurangnya 1.5 cm dari badan. Apabila
bekas pembawa, klip tali pinggang
atau pemegang digunakan untuk
pengendalian pemakaian pada badan,
ia tidak sepatutnya mengandungi logam
dan perlu meletakkan produk pada
jarak sekurang-kurangnya 1.5 cm dari
badan anda. Untuk memindahkan data
fail dan mesej, peranti ini memerlukan
sambungan berkualiti pada rangkaian.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents