LG -P895 User Manual page 70

Hide thumbs Also See for LG-P895:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
• Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara LG, mungkin termasuk penggantian bahagian
atau papan yang sama ada baru atau yang diperbaiki, asalkan kefungsiannya sebanding dengan
bahagian yang diganti.
• Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan komputer peribadi.
• Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba seperti radiator atau dapur.
• Jangan jatuhkan.
• Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran mekanikal atau kejutan.
• Matikan telefon di mana-mana tempat yang memerlukan anda berbuat demikian oleh undang-
undang khas. Contohnya, jangan gunakan telefon di hospital kerana ia mungkin mengganggu
peralatan hospital yang sensitif.
• Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang basah semasa telefon sedang dicas. Ia boleh
menyebabkan terjadinya renjatan elektrik dan telefon mungkin akan rosak teruk.
• Jangan cas telefon bimbit berhampiran bahan yang mudah terbakar kerana telefon bimbit akan
menjadi panas dan boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
• Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian luar unit ini (jangan gunakan pelarut
seperti benzena, pencair atau alkohol).
• Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
• Telefon hendaklah dicas di kawasan berpengudaraan baik.
• Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang berlebihan.
• Jangan simpan telefon di sebelah kad kredit atau tiket pengangkutan; ia boleh menjejaskan
maklumat pada jalur magnetik.
• Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam kerana ia boleh merosakkan telefon.
• Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau kelembapan.
• Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati. Jangan sentuh antena jika tidak diperlukan.
• Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan atau membaiki kaca yang pecah,
sumbing atau retak. Kerosakan pada paparan kaca kerana ia disia-siakan dan disalahgunakan
adalah tidak diliputi oleh waranti ini.
• Telefon anda adalah peranti elektronik yang menjana haba pada penggunaan biasa. Sentuhan
langsung dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan dalam keadaan pengudaraan tidak
mencukupi mungkin akan mengakibatkan ketidakselesaan atau melecur sedikit. Oleh itu,
anda hendaklah berjaga-jaga apabila mengendalikan telefon anda atau betul-betul selepas
menggunakannya.
• Jika telefon anda basah, tanggalkan plag dengan serta merta untuk mengeringkan ia
sepenuhnya. Jangan cuba mempercepatkan proses mengering dengan sumber pemanasan
luaran, seperti ketuhar, ketuhar gelombang mikro atau pengering rambut.
• Cecair dalam telefon basah anda mengubah warna label produk dalam telefon anda. Kerosakan
pada peranti anda akibat pendedahan kepada cecair tidak diliputi oleh waranti anda.
6

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents