Mengunci Dan Menyahkunci Skrin; Lindungi Skrin Kunci Anda - LG -P895 User Manual

Hide thumbs Also See for LG-P895:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Mengenali telefon anda

Mengunci dan menyahkunci skrin

Jika anda tidak menggunakan telefon buat beberapa lama, skrin akan terpadam dan terkunci
secara automatik. Ini membantu menghalang daripada kekunci ditekan tanpa sengaja dan
menjimatkan kuasa bateri.
Apabila anda tidak menggunakan LG-P895, tekan kekunci Kuasa/Kunci
telefon anda.
Jika mana-mana program sedang berjalan ketika anda menetapkan skrin kunci, ia mungkin masih
terus berjalan dalam mod Kunci. Anda disyorkan agar keluar daripada semua program sebelum
memasuki mod Kunci untuk mengelakkan bayaran yang tak perlu (seperti panggilan telefon, akses
web dan komunikasi data).
Untuk membangunkan telefon anda, tekan Kekunci Kuasa/Kunci
Sentuh dan luncurkan skrin kunci ke mana-mana arah untuk membuka kunci skrin utama anda.
Skrin terakhir yang anda lihat akan terbuka.

Lindungi skrin kunci anda

Anda boleh mengunci skrin anda agar hanya anda sahaja yang boleh membuka kuncinya untuk
mengakses telefon anda.
Untuk menetapkan Corak Nyahkunci, PIN atau Kata Laluan buat kali pertama:
> tab Aplikasi > Tetapan > Kunci skrin > Pilih kunci skrin > Tiada, Sapu, Buka
• Sentuh
Kunci Muka, Corak, PIN, atau Kata Laluan.
NOTA:
Langkah berjaga-jaga semasa menggunakan kunci corak.
Mengingati corak buka kunci yang anda tetapkan amatlah penting. Anda tidak akan
dapat mengakses telefon anda jika anda menggunakan corak yang salah sebanyak 5
kali. Anda mempunyai 5 peluang untuk memasukkan corak buka kunci, PIN atau kata
laluan anda. Jika anda telah menggunakan kesemua 5 peluang, anda boleh mencuba lagi
selepas 30 saat.
Sekiranya anda tidak ingat corak nyahkunci anda:
Jika anda log masuk ke dalam akaun Google anda pada telefon tetapi gagal memasukkan
corak yang betul sebanyak 5 kali, ketik butang Terlupa corak. Kemudian, anda akan dikehendaki
mendaftar masuk dengan akaun Google anda untuk menyahkunci telefon anda.
Jika anda belum membuat akaun Google pada telefon atau anda terlupa, anda perlu melakukan set
semula kilang.
20
untuk mengunci
. Skrin kunci akan muncul.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents