Samsung PG113UC Manual page 6

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Langkah-Langkah Keselamatan (sambungan)
7. Untuk mengurangkan risiko kebakaran di dalam rongga ketuhar:
MA
Jangan simpan bahan-bahan mudah terbakar di dalam ketuhar
Tanggalkan ikatan pintal dawai dari beg kertas atau plastik
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro untuk mengeringkan surat
khabar.
Jika asap kelihatan, biarkan pintu ketuhar tertutup dan matikan ketuhar
atau cabut palam ketuhar dari soket bekalan kuasa.
8. Anda harus amat berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan bayi.
SENTIASA berikan masa biar (standing time) sekurang-kurangnya 20
saat selepas ketuhar dimatikan supaya suhu boleh menjadi sama. Kacau
semasa memanaskan, jika perlu, dan SENTIASA kacau selepas
memanaskan.
Berhati-hati apabila memegang bekas selepas memanaskan. Kulit anda
mungkin melecur jika bekas terlalu panas.
Terdapat risiko berlakunya didihan lambat yang membuak-buak.
Untuk mencegah didihan lambat dan kemungkinan kulit anda melecur,
anda harus meletakkan sudu plastik atau batang kaca ke dalam minuman
dan kacau sebelum, semasa dan selepas memanaskannya.
Sebab:
Semasa memanaskan cecair, takat didih boleh jadi lambat; ini
bermakna didihan yang membuak-buak boleh bermula selepas
bekas dikeluarkan dari ketuhar. Kulit anda boleh melecur.
Sekiranya kulit anda melecur, ikut arahan PERTOLONGAN CEMAS
berikut:
*
Benamkan bahagian yang melecur dalam air sejuk selama sekurang-
kurangnya 10 minit.
*
Balut dengan pembalut yang bersih dan kering.
*
Jangan bubuh sebarang krim, minyak atau losen.
JANGAN SEKALI-KALI mengisi bekas sehingga penuh dan pilih bekas
yang bahagian atasnya lebih luas daripada bahagian bawahnya untuk
mencegah cecair daripada mendidih keluar. Botol berleher sempit juga
boleh meletup jika terlampau panas.
SENTIASA periksa suhu makanan atau susu bayi sebelum memberinya
kepada bayi.
JANGAN SEKALI-KALI memanaskan botol bayi dengan putingnya
terpasang, kerana botol boleh meletup jika terlampau panas.
9.
Berhati-hati agar tidak merosakkan kabel kuasa.
Jangan benamkan kabel kuasa atau palam di dalam air dan jauhkan kabel
kuasa dari permukaan yang panas.
Jangan kendalikan peralatan ini jika kabel kuasa atau palamnya rosak.
10. Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila membuka pintunya.
Sebab:
Udara atau wap panas yang dilepaskan boleh melecurkan kulit.
11. Pastikan bahagian dalam ketuhar sentiasa bersih.
Sebab:
Remah-remah makanan atau percikan minyak yang melekat pada
dinding atau lantai ketuhar boleh menyebabkan kerosakan pada
cat dan mengurangkan kecekapan ketuhar.
12. Anda mungkin mendengar bunyi "Klik" semasa ketuhar sedang beroperasi
(terutamanya semasa ketuhar sedang mencair beku).
Sebab:
Bunyi ini adalah normal apabila output kuasa elektrik sedang
bertukar.
13. Apabila ketuhar gelombang mikro sedang beroperasi tanpa sebarang muatan,
kuasa akan terputus secara automatik untuk keselamatan. Anda boleh
menggunakan ketuhar seperti biasa selepas membiarkan ia selama lebih dari
30 minit.
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
Semasa memasak, anda harus melihat ke dalam ketuhar dari semasa ke semasa
apabila makanan sedang dipanaskan atau dimasak di dalam bekas pakai buang
yang diperbuat daripada plastik, kertas atau bahan mudah terbakar lain.
PENTING
Kanak-kanak kecil atau orang-orang yang lemah tidak harus SEKALI-KALI
dibenarkan menggunakan atau bermain dengan ketuhar gelombang mikro.
Mereka juga tidak harus dibiarkan berada dekat dengan ketuhar gelombang mikro
tanpa jagaan semasa ia sedang digunakan. Barang-barang yang menarik minat
kanak-kanak tidak harus disimpan atau disembunyikan di atas ketuhar.
6

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents